Buletin

BARU CATAT MILEAGE 1,048KM, GR YARIS INI SUDAH TOTAL LOSS. SAYANGNYA…

Kita semua tahu bahawa Toyota hanya menghasilkan 25,000 unit GR Yaris untuk pasaran di seluruh dunia.

Model homologasi daripada sukan rali itu nyata mendapat sambutan hangat di semua pasaran yang dimasukinya. Malaysia tidak terkecuali, 127 unit yang diperuntukkan kepada pengguna tempatan katanya sudah habis dijual.

Semua orang mahu memilikinya. Sebab itulah apabila timbul laporan sebuah GR Yaris sudah total loss, ramai yang sedih. Lebih menyedihkan lagi, perbatuannya cuma sekitar 1,000km, baru sangat lagi.

Menurut satu laman lelongan di Jepun, jentera berwarna hitam itu merupakan varian First Edition. Seperti yang anda boleh lihat, ia mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan belakang.

Tidak dinyatakan apakah punca GR Yaris tersebut menerima nasib malang sebegini. Walaupun sudah jelas total loss, masih ada komponen yang boleh diselamatkan. Antaranya ialah enjin dan tempat duduk bucket GR.

Dibangunkan dengan kerjasama lagenda rali Tommi Makinen, GR Yaris dikuasakan oleh enjin turbo tiga silinder yang mampu menjana kuasa 261PS dan tork 360Nm.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke semua roda menerusi kotak gear manual enam kelajuan.

Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM286,896 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Jika berminat, anda boleh membuat tempahan atau bertanya kepada GR Garage berhampiran. – wapcar

GALERI

Google ads
Back to top button