Buletin

TOYOTA BELI SUBARU RM2.72 BILION. MESTI ADA BANYAK MODEL MENARIK SELEPAS INI!

Toyota dilapor telah meningkatkan pegangan sahamnya ke atas Subaru daripada 16.8 kepada 20 peratus. Langkah itu melibatkan pelaburan sebanyak 70 bilion yen atau RM2.72 bilion.

Dengan peningkatan pegangan ini, Subaru rasmi menjadi sebahagian daripada Kumpulan Toyota. Ini juga bermakna Toyota mampu membawa aspek teknologi dan jualannya ke tahap yang lebih tinggo.  

Subaru ialah pengeluar kenderaan Jepun yang terkenal dengan banyak teknologi ikonik. Walaupun saiznya tidaklah besar, namun teknologi seperti enjin Boxer, sistem pacuan empat roda dan sistem keselamatan aktif Eyesight cukup terkenal di seluruh dunia.  

Pemindahan saham Subaru bukanlah satu berita baharu. Sebelum ini, saham terbesar Subaru pernah dimiliki oleh General Motor (GM). Namun, apabila GM berdepan kiris kewangan, ia menjual saham Subaru.

Peluang itu tidak disia-siakan oleh Toyota. Malah, kedua-dua pengeluar itu turut menjalin kerjasama dengan menghasilkan model sport BRZ dan GT86 pada tahun 2012.

Pada tahun 2019, timbul laporan Toyota mahu menambah pegangan sahamnya dalam Subaru. Kini, hasrat itu sudah menjadi kenyataan. Dengan perkembangan terbaharu ini, sudah pasti lebih banyak kerjasama akan terjalin, antaranya ialah pembangunan BRZ dan GT86 generasi baharu.

Subaru juga bakal mengunakan platform TNGA untuk membina kereta elektrik bagi memenuhi keperluan pasaran.  

Buat masa sekarang, Kumpulan Toyota terdiri daripada jenama-jenama seperti Toyota, Daihatsu, Hino dan Lexus. Ia juha mempunyai saham dalam Mazda dan Suzuki. – Automachi

Google ads
Back to top button