Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG GR YARIS G16E-GTS. ENJIN 3 SILINDER PALING BERKUASA

Peminat susah hati Toyota ni mintak macam-macam dari dulu lagi. Mintak pengganti AE86, bila Toyota keluarkan GT86 mereka kata ni asalnya Subaru. Mintak pengganti Supra, bila Toyota Supra A90 keluar mereka kata BMW Z4. Sampai presiden Toyota pun pening dengan permintaan mereka. Sehinggalah Toyota hasilkan model kompak prestasi tinggi iaitu Toyota GR Yaris. Barulah puas hati agaknya.

Kali ini kita cuba buat bedah siasat pasal enjin 3 silinder turbo yang digunakan oleh GR Yaris iaitu G16GE-GTS. Dengan menggunakan petrol RON98 yang biasa digunakan di Jepun, enjin G16E-GTS ini menghasilkan 272 kuasa kuda dan 370Nm tork pada 3000RPM namun masih berupaya memenuhi standard pelepasan asap Euro6. Berikut ialah fakta menarik berkenaan dengan enjin ini.

1. Rekaan – enjin ini direka dengan berat sekitar 109kg sahaja, dipasang secara melintang pada cesi GR Yaris. Enjin 3 silinder dihasilkan bagi memenuhi keperluan teknikal WRC2 dengan kapasiti 1618cc. Saiz diameter silinder ialah 87.5mm manakala saiz lejang pula ialah 89.7mm. Jadi enjin ini boleh dikategorikan sebagai undersquare.

2. Prestasi – firing order bagi enjin ini ialah 1-2-3. GR Yaris mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.5 saat sahaja. Halaju maksima kereta ini telah dihadkan kepada 230km/j. Ini menjadikan enjin ini enjin 3 silinder paling berkuasa bagi yang dikeluarkan secara mass production

3. Blok – enjin dihasilkan dengan menggunakan aluminium dengan kaedah open deck (Supra guna closed deck). Bahagian dalam silinder kuatkan dengan iron liner secara kaedah fusing (disembur seperti kimpalan dengan ketebalan beberap mikron)

4. Aci engkol – diletakkan 10mm offset dari pusat pergerakan piston bagi mengurangkan geseran antara piston dan silinder. Ia juga direka dengan 4 pengimbang berat bagi mengurangkan gegaran.

5. Rod penyambung – dihasilkan secara kaedah forging dan crack bagi mengurangkan berat. Sambungan antara aci engkol dan rod penyambung dilapik dengan aluminium dan lapisan polimer untuk mengurangkan geseran.

6. Piston – direka dengan bahagian dalam berbentuk sfera, dihasilkan daripada aloi alumonium, disejukkan dengan 3 semburan jet minyak enjin dari bahagian bawah bagi menghapuskan masalah ketukan (knocking). Piston ring diberikan kemasan Diamond Like Coating serta salutan polimer untuk mengurangkan lagi geseran.

7. Shaft pengimbang – dipasang pada bahagian crankcase bagi mengurangkan gegaran akibat penggunaan 3 silinder yang tidak harmonik. Shaft pengimbang ini disambung dengan crankshaft melalui sambungan gear.

8. Injap – enjin ini menerima 12 batang injap dengan injap ekzos direka supaya diisi dengan sodium untuk tujuan penyejukan. 12 batang injap ini digerakkan oleh sistem DOHC dimana aci sesondol yang digunakan adalah berongga di bahagian tengah untuk mengurangkan berat (hollow camshaft)

9. Pemasaan injap – sistem pemasaan injap dikawal oleh unit VVTi-W (Wide) bagi injap kemasukan. Sistem ini berupaya mengubah pemasaan injap sehingga 70 darjah dan berdasarkan data, sistem ini boleh memaksa enjin beroperasi dalam kitaran Atkinson.

Pemasaan injap ekzos pula dikawal dengan mekanisme VVT-i dengan pemasaan injap boleh dimanipulasi sehingga 41 darjah. Aci engkol dan aci sesondol disambung dengan timing chain single roller dengan pitch 9.525mm

10. Penyejukan – kepala silinder disejukkan dengan kaedah water jacket 2 lapisan terbina dalam kepala silender. Ini memastikan masalah knocking dihapuskan terus

11. Cagak enjin – 3 mounting enjin digunakan untuk memasang enjin pada cesi GR Yaris dengan cagak kanan menggunakan teknologi hidraulik.

12. Pelinciran – pam minyak enjin menggunakan kaedah tradisional berbanding dengan pam elektrik. Pam ini dipacu terus dari crankshaft kerana jurutera berpendapat kaedah ini lebih lasak bagi memastikan enjin ini tahan ketika dibedal di litar

13. Penyejukan – menggunakan pam mekanikal, termostat nagi mengawal suhu enjin dalam julat 80-84 darjah Celcius. Radiator yang besar dengan teras yang lebih lebar dipasang di sebalik bampar, menjadikan bukaan bampar GR Yaris kelihatan agresif

14. Turbo – sewaktu melahu, udara akan memasuki enjin melalui bahagian depan seperti biasa. Namun pada Wide Open Throttle, udara tambahan akan melalui aktuator tambahan. Udara ini akan dimampat oleh unit turbo terbina dalam exhasut monifold (single scroll type).

Bagi meminimakan kesan turbolag, unit turbo dipasang dengan alas bebola besi bagi mengurangkan geseran serta memberi respon yang lebih baik

15. Intercooler-sebelum dihantar ke silinder, udara akan disejukkan dengan unit intercooler dari jenis udara-ke-udara

16. Suntikan berkembar-sama seperti barisan enjin Dynamic Force yang lain, enjin G16E-GTS dipasang dengan sistem suntikan berkembar D-4S. Tekanan untuk suntikan bahan api terus dinaikkan sehingga 20 MPa untuk memastikan semburan halus dihasilkan ketika air tumble flow berlaku.

Untuk memastikan penggunaan petrol yang bagus, long nozzle injector digunakan bersama-sama teknik multihole injector bagi port fuel injection. Port fuel injection akan digunakan pada RPM rendah dan juga memastikan tiada masalah carbon build up pada bahagian injap kemasukan.

Google ads
Back to top button