Buletin

BARU SEBULAN DILANCARKAN, GR YARIS DAPAT SAMBUTAN CUKUP HANGAT

Sedia maklum bahawa Toyota hanya menghasilkan 25,000 unit GR Yaris untuk pasaran seluruh dunia. Daripada jumlah itu, kurang 200 unit diperuntukkan kepada pelanggan di Malaysia.

Jentera yang dilengkapi enjin turbo tiga silinder bersesaran 1.6 liter itu ditawarkan pada harga RM286,896 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Seperti dijangka, model homologasi istimewa itu tidak menunggu lama untuk ditempah oleh peminat. Buktinya, hanya selepas sebulan dilancarkan (17 Disember 2020), maklum balas yang diterima oleh UMW Toyota terhadap GR Yaris sangat memberangsangkan.

“Walaupun GR Yaris mendapat tempahan yang sangat baik, pelanggan masih boleh menyatakan minat mereka kepada pengedar GR Garage di seluruh negara,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

GR Yaris bukan sahaja popular di Malaysia. Di Australia misalnya, 1,000 unit GR Yaris habis dijual dalam masa hanya seminggu. Pujian yang diberi oleh pihak media dan pemilik membuatkan ia semakin diminati.

Persoalannya, benarkah peruntukan GR Yaris untuk pasaran Malaysia sudah habis dijual? Untuk maklumat lanjut dan nyatakan minat anda dengan melayari laman web : https://toyota.com.my/shopping-tools/online-showroom

Selain GR Yaris, pengedar GR Garage turut menawarkan model GR Supra dan Vios GR-Sport serta komponen-komponen prestasi. Maklumat lanjut tentang GR Garage, sila layari laman web: https://toyota.com.my/tgrmalaysia/grgarage/

Google ads
Back to top button