Buletin

SUDAH ADA UNIT TERPAKAI GR YARIS DIJUAL DI UK. HARGA NAIK RM49K!

Tidak dapat dinafikan bahawa GR Yaris ialah hot hatch paling hangat untuk tahun 2020 bagi banyak pasaran di seluruh dunia.

Mereka yang membuat telah membuat tempahan, mereka terpaksa menunggu selama-lama beberapa bulan sebelum boleh memandunya. Namun, bagi pembeli di United Kingdom, ada sebuah unit terpakai untuk dijual.

GR Yaris dengan jarak perbatuan cuma 113km berwarna hitam metalik itu diiklan untuk dijual oleh The Hairpin Company di Wiltshire, UK.

Jentera tersebut hadir dengan Circuit Pack yang merangkumi sepasang limited-slip differential dan beberapa penambahbaikan lain.

Di UK, GR Yaris dengan Circuit Pack ditawarkan pada harga bermula £33,495 (RM183,000) seunit. Namun, harga model terpakai ini telah dinaikkan menjadi £42,500 (RM232,000).

Dengan permintaan sangat tinggi, tidak hairan jika sudah ada yang ingin mencari untung segera.

Di Malaysia, UMW Toyota Motor telah pun melancarkan GR Yaris ke pasaran tempatan beberapa minggu lalu. Hot hatch itu hadir dengan Performance Pack Edition dan ditawarkan pada harga RM299,000 seunit.

Memang tak rugi beli model ni woi!

Google ads
Back to top button