Buletin

NAIK MYVI, TAPI NAK GAYA MACAM GR YARIS? KAMI ADA PENYELESAIANNYA!

Berita baik untuk pemilik Perodua Myvi atau mereka yang merancang untuk membelinya.

Ini kerana anda boleh menaik taraf bahagian hadapan Myvi tersebut dengan bodykit yang ditawarkan oleh JW Bodykits Accessories.

Sudah dibuka untuk tempahan, komponen itu dikatakan diperbuat daripada gentian. Ia dijangka siap dan boleh dihantar kepada para pembeli mulai hujung bulan ini.

Seperti yang boleh dilihat, bampar tersebut mengambil inspirasi daripada rekaan bampar model berprestasi tinggi, GR Yaris. Boleh dapat dilihat dengan jelas ia didatangkan dengan gril honeycomb yang lebar.

Sementara bahagian sisi pula hadir dengan perumah untuk lampu kabus. Sekali pandang, ia memang lebih sporty berbanding bampar standard.

Ada yang mendakwa rekaan tersebut diinspirasikan daripada gambar render Theophilus Chin. Memang tak jauh beza pun.

GR Yaris telah dilancarkan oleh UMW Toyota Motor pada Disember 2020. Kurang 200 unit ditawarkan dan dengar kata hampir habis, jentera idaman ramai itu boleh dimiliki pada harga RM299,000 seunit.

Google ads
Back to top button