
GILIRAN MG MOTOR PULA MASUK MENYERANG PASARAN INDONESIA
Indonesia nampaknya terus menjadi sasaran buat pengeluar dari China untuk menyerang masuk ke pasaran kenderaan di sana. Terkini, MG Motor yang kini dinaungi oleh SAIC Motor telah pun melancarkan beberapa model untuk ditawarkan kepada pengguna Indonesia.
Pengeluar asal dari Britain itu baru baru ini telah pun melancarkan model baharu dan terkini, MG4 EV secara rasminya setelah mula menunjukkan muka sewaktu IIMS 2022. Setelah itu, model ini sering ditayangkan di mana – mana acara membabitkan automotif di sana bagi menyemarakkan lagi tentang kehadiran model EV ini.

Dan semenjak itu, khabarnya unit tempahan yang telah dipesan oleh pelanggan sudah mencecah sehingga 1200 unit. Suatu jumlah yang agak banyak walau pun ianya baharu sahaja dilancarkan secara rasmi.
Rupa luaran model ini secara dasarnya kelihatan cukup moden dan elegan. Setanding dengan model EV keluaran dari negara Asia yang sudah terkemuka seperti model EV keluaran Korea Selatan. Model EV ini menampilkan reka bentuk yang pertama dibangunkan dengan teliti khusus untuk kenderaan elektrik.

Ianya kini tampil dengan kuasa pemanduan daripada sistem pacuan roda belakang dalam kereta EV yang didatangkan dengan inovasi NEBULA PURE ELECTRIC PLATFORM yang merupakan sebagai ciri standard baharu untuk sebuah EV.
Lampu utama LED dengan gayaan teknologi galaxi matrix merupakan ciri moden yang ada pada bahagian luaran. Begitu juga dengan spoiler jenis terpisah dwi warna menampilkan ciri futuristik sebagai sebuah model EV. Lampu belakang LED pun kelihatan cukup lawa dengan penggunaan hiasan rekaan simbol cygnus.

Bahagian kabin turut menyerlah dengan rekaan konsol menempatkan kawalan brek elektronik (EPB) jenis terapung serta mempunyai tempat pengecasan telefon bimbit tanpa wayar. Di bahagian atas tengah konsol tersedia unit infohiburan bersaiz 10.25 yang kini tidak lagi kelihatan terlalu besar. Ngam ngam orang kata.
Dan sebagai sebuah EV, model ini menggunakan pek bateri berkapasiti 51 kWh dengan motor elektrik diletakkan di bahagian belakang yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 170 PS dan 250 Nm. MG4 EV ini mampu memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j dalam tempoh 7.7 saat. Dan paling penting, model EV ini mampu bergerak sehingga ke 400 km jauhnya.
Ciri keselamatan juga tidak kurang handalnya apabila turut dilengkapi dengan ADAS meliputi blind spot monitoring system, rear cross traffic with braking, auto front brake, lane departure warning, dan juga adaptive cruise control.
Dan harga yang ditawarkan untuk rakyat Indonesia adalah serendah IDR 649.9 (RM200,446) juta bagi varian Ignite. Dengan harga di bawah IDR 700 juta, jelas ianya merupakan suatu pilihan yang cukup bijak. Lebih murah daripada model Hyundai Ioniq5 di sana.
BACA : MG4 EV DARI MG MOTOR, JARAK GERAK DARI 350KM – 452KM!




