Artikel Pilihan

BELI BELAH AKAN MENJADI LEBIH BERGAYA MENGGUNAKAN BEG KITAR SEMULA SUBARU

Dalam usaha untuk mengurangkan bahan buangan dalam proses pembuatan, Subaru telah berkolaborasi dengan pengeluar Jepun untuk hasilkan beg beli belah kitar semula yang dihasilkan daripada fabrik lebihan beg udara. Material lebihan beg udara ni biasanya dilupuskan begitu sahaja tapi kini tidak lagi.

Pengeluar yang dipilih ialah Toyoda Gosei yang merupakan anak syarikat kepada kumpulan Toyota. Syarikat ini sudah pun wujud sekitar tahun 1949 dan banyak menghasilkan prosuk seperti komponen tangki bahan api, LED, papan pemuka, konsol selain beg udara.

Mereka merupakan pembekal kepada banyak syarikat pengeluar kereta dan kolaborasi antara Subaru dan Toyota bukannya satu perkara baharu. Toyota memiliki 20 peratus saham Subaru dan mereka turut bekerjasama menghasilkan model-model seperti 86 dan BRZ selain bZ4X dan Solterra.

Beg udara dihasilkan daripada nilon yang dianyam khusus dan kalis api. Malah ia juga bebas daripada kakisan gas. Ia direka agar tahan cukup lama sehingga melebihi satu dekad dalam keadaan suhu dalaman kabin kereta yang selalu berubah.

Beg kitar semula biasa jika ditinggalkan dalam kereta untuk jangka masa yang lama biasanya akan hancur berderai bila disentuh. Mesra alam la sangat namun beg yang dihasilkan daripada fabric beg udara ini tentu sekali lebih tahan lama.

Selain daripada itu, material beg udara yang agak lembut ini juga membolehkannya dilipat sama seperti beg beli belah biasa. Ia juga turut disertakan dengan tali elastic untuk memudahkan anda melipat dan mengikatnya ketika tidak digunakan.

Dua corak ditawarkan sama dengan jaluran standard Subaru atapun jaluran kemerahan ala STI yang merupakan cabang prestasi tinggi Subaru. Ia lebih dari cukup untuk memuatkan barangan keperluan harian anda tapi jangan la pula letak barangan basah seperti ayam ataupun ikan. Kalau ikan kering taka pa lagi kot.

Sebelum ini Toyoda Gosei pernah umumkan kerjasama dengan Asics untuk hasilkan kasut sukan juga daripada material lebihan beg udara. Fuh makin kreatif diorang. Masyuk weh.

Google ads
Back to top button