Buletin

NIKITA MAZEPIN BERJUANG DI MAHKAMAH UK UNTUK DAPATKAN KEMBALI ASET DAN KEMBALI SERTAI F1

Bekas pelumba Formula Satu Nikita Mazepin berada di mahkamah UK untuk mencabar sekatan yang dikenakan ke atas keluarga beliau akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Pemandu Russia itu berharap untuk mendapatkan kembali aset beliau yang dibekukan bagi meyambung karier sebagai pelumba dan kembali ke grid menjelang 2024.

Mazepin sebelum ini bertanding sebagai pelumba pasukan Haas F1 pada musim 2021 sebelum digugurkan musim berikutnya akibat insiden pencerobohan Russia. Ekoran itu juga Haas juga menamatkan kontrak dengan Uralkali URKAI.MM, firma pengeluar baja pertanian yang dimiliki oleh bapa beliau, Dmitry Mazepin.

Keluarga Mazepin kemudian dikenakan sekatan oleh Britain, Kanada dan negara Kesatuan Eropah lain kerana dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan presiden Russia Vladimir Putin.

Kini Nikita sedang berjuang di mahkamah untuk membebaskan diri dari sekatan yang menghalang beliau dari membuat sebarang rundingan dengan pasukan-pasukan F1. Peguam Mazepin, Rachel Scott menyatakan yang perkara ini sangat penting kerana rundingan untuk musim 2024 akan berjalan dari bulan Mei sehingga Jun dan Nikita sangat berharap supaya sekatan dari Britain dan Kesatuan Eropah dapat ditarik balik.

Peguam yang mewakili Kementerian Luar bertegas yang pemandu tersebut masih boleh berunding walaupun dengan sekatan yang dikenakan. Adoi, dah kau bekukan asetnya sekali macam mana dia nak berunding wei.

Namun ada pihak yang menyatakan kemasukan Mazepin ke F1 dibantu kekayaan keluarganya. Buktinya ialah sewaktu Haas menghadapi masalah kewangan, firma ayah Nikita tampil menawarkan bantuan sebagai penaja utama. Adoi itu pun nak jadi isu. Kalau mampu abang pun akan taja F1 dik supaya anak-anak abang dapat peluang berlumba.

Selama setahun berlumba Nikita tidak pernah mendapat sebarang mata dan kedudukan terbaik beliau hanyalah di temapt ke 14. Setahun bang, takkanlah nak dapat Top 3 terus, kecuali kalau kau memang insan terpilih.

Apa pun selamat maju jaya diucapkan kepada Nikita Mazepin. Letih juga kalau semua benda nak dikaitkan dengan politik ni.

Google ads
Back to top button