,
Buletin

BELI KERETA LELONG, JUMPA DADAH BERNILAI RM3.6 JUTA

Seorang lelaki yang membeli sebuah kereta terpakai dalam satu acara lelongan di Laredo, Texas menerima kejutan paling besar dalam hidupnya. 

Ini kerana kereta yang dibeli itu mempunyai ruang rahsia menempatkan dadah bernilai AS$850,000 (RM3.6 juta). Perkara tersebut disahkan oleh pejabat sheriff Webb County. 

Menurut polis, lelaki berkenaan membeli kereta lelong berkenaan di io Grande Valley, perincian mengenai kereta apa dan dari mana ia datang tidak didedahkan. Apa yang pasti, ia hadir bersama dadah jenis kokain seberat 33.5kg yang dibungkus kemas dengan plastik. 

Lelaki itu menghubungi pihak berkuasa apabila menjumpai satu ruang rahsia. 17 paket dadah ditemui dalam ruang pertama dan pasukan K9 menjumpai satu lagi ruang rahsia yang menempatkan 17 lagi bungkusan dadah sama. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada indibidu yang memaklumkan perkara ini kepada polis. Jika dia bukan seorang yang jujur, dadah itu boleh jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Sheriff Martin Cuellar dalam satu kenyataan. 

Cuellar menggalakkan orang ramai supaya memaklumkan kepada polis jika mengesan sebarang aktiviti mencurigakan. Beliau mengakui pujian sahaja tidak mencukupi dan lelaki itu mungkin akan menerima ganjaran dalam bentuk wang. 

Namun, apa yang tak best ialah kereta itu terpaksa disita buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dibuat. Tempoh masa yang diambil juga besar kemungkinan agak lama. Bertabah sahajalah…

Tags
Google ads
Back to top button