Buletin

PAWAGAM PANDU MASUK. 250 PORSCHE LAYAN BAD BOYS FOR LIFE

Sepanyol merupakan antara negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Biarpun begitu, pengedar Porsche Iberica mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengadakan perjumpaan bersama pemilik-pemilik Porsche dalam situasi buruk ini.

Pawagam pandu masuk! Macam pelik tetapi pendekatan tersebut berjaya mengumpul kira-kira 600 orang bersama 250 model Porsche pelbagai jenis.

Menurut laporan Perisdiamodel Motor, penggemar jentera Porsche itu menonton filem Bad Boys For Life yang dibintangi Will Smith dan Martin Lawrence.

Dalam filem berkenaan, penampilan istimewa model terbaharu Porsche 911 generasi 922 menjadikan perjumpaan lebih sempurna buat kumpulan diberi nama Porschephiles.

Pelbagai jenis model Porsche menghadiri perjumpaan pawagam pandu masuk ini yang turut menyediakan gerai-gerai makanan untuk pengunjung.

Antara model yang dapat dilihat parkir di ruang pawagam pandu masuk ialah Porsche 911, Boxster dan Cayman.

Dalam banyak-banyak model berkenaan terselit sebuah Porsche 924. Model baharu Taycan turut kelihatan dalam perjumpaan ini. Manakala di bahagian belakang tersusun kemas model seperti Porsche Cayenne dan Macan.

“Saya sangat berbangga dengan para pelanggan, mereka sangat bersemangat untuk bersama-sama dalam perjumpaan ini apatah selepas berbulan-bulan tidak berjumpa.

“Mereka hanya berhubung secara maya sahaja sebelum ini.

“Imej sebanyak 250 Porsche ‘duduk’ secara harmoni di depan layar besar merupakan simbol menunjukkan semangat kekeluargaan, sebuah keluarga luar biasa yang berkongsi minat terhadap jentera sport,” kata Ketua Eksekutif Porsche Iberica, Tomas Villen. –  carscoops.

Tags
Google ads
Back to top button