Buletin

BIDAAN PLAT SYG CECAH RM3.4 JUTA. SYG 1 PALING TINGGI RM115,000

Nombor pendaftaran SYG 1 catat harga bidaan tertinggi sebanyak RM115,000 bagi siri tersebut selepas bidaan dibuka menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJeBid) pada 10 Jun hingga 15 Jun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, nombor itu dibida oleh 14 pembida tetapi dimenangi oleh seorang pembida tertinggi dengan nilai RM115,000.

“Nombor kedua menerima bidaan tertinggi ialah SYG 9 dengan nilai RM70,000 dan SYG 8 dengan nilai bidaan tertinggi RM52,000.

“Apa yang menarik sepanjang penerimaan bidaan ini ialah terdapat satu nombor siri yang dianggap unik oleh awam menerima bilangan pembida tertinggi iaitu SYG 8055 atau jika dibaca ia akan membawa maksud awam ‘Sayang BOSS’ dibida seramai 25 orang pembida dengan nilai RM19,000 dan SYG 174,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas pengumuman keputusan itu di laman Facebook Kementerian Pengangkutan.

Shaharuddin menambah, menerusi keputusan bidaan siri SYG, JPJ berjaya mengutip hasil tertinggi sebanyak RM3.4 juta.

Katanya, secara tidak langsung bidaan tersebut mendahului siri Perak ALL yang dibuka tahun lalu dengan perbezaan kutipan sebanyak RM100,254.

Google ads
Back to top button