Buletin

256 PEMANDU KERETA KLON DISENARAIHITAM OLEH JPJ

Sejumlah 256 pemandu kereta klon telah disenarai hitam sejak tahun 2015 hingga Mei tahun ini kerana gagal hadir di mahkamah, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu (JPJ).

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata semua pemandu yang disenaraihitamkan tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Malah mereka juga disekat daripada menjalankan semua perkara berkaitan JPJ yang lain sehingga kes mahkamah mereka berakhir.

“Dari 2015 hingga Mei tahun ini, 51 kes kereta klon di Terengganu telah diselesaikan dan pemandu membayar denda di mahkamah berjumlah RM384,900,” katanya  

Beliau menasihatkan orang yang membeli kereta pada harga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran agar membuat pemeriksaan dengan JPJ untuk mengelakkan terlibat dengan sindiket kereta klon. 

“Perkhidmatan pemeriksaan ini disediakan secara percuma oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan untuk membantu orang awam supaya tidak tertipu oleh sindiket kereta klon. 

KREDIT: BERNAMA

Google ads
Back to top button