Buletin

IMEJ BAHARU BMW M3, M4 BOCOR SEBELUM PELANCARAN RASMI

Imej model terbaharu BMW M3 dan M4 bocor dalam talian sebelum didedahkan secara rasmi. Ia mula dikongsi di  Instagram carswithoutlimits dan BMW blog.

Jentera M3 dipaparkan dalam warna hijau manakala M4 Coupe warna kuning.

Seperti  yang kita ketahui, kedua model BMW M3 dan M4 didatangkan rekaan gril buah pinggang mendatar yang kontroversi.

Selain itu, kedua model baharu ini menampilkan hud dan bampar lebih agresif serta lampu hadapan tajam.

Bahagian belakang pula hadir dengan lebih garang, sistem ekzos berkembar dan difuser.

BMW M3 sedan dan M4 Coupe ini akan dilengkapi enjin enam silinder 3.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan 473 hp dan tork 598 Nm.

Bagi mereka dahagakan lebih kuasa, boleh mendapatkan spesifikasi Competition yang mampu menjana kuasa sehingga 503 hp dengan tork sama seperti versi standard.

Model terbaharu ini dijangka mendapat transmisi automatik lapan kelajuan pacuan semua roda.

Begitupun, terdapat juga varian pacuan roda belakang dan padanan transmisi manual enam kelajuan. – carscoops

Google ads
Back to top button