Buletin

BRC 2024 – OSIAN PRYCE JUARA PUSINGAN KEDUA DI RALLYNUTS SEVERN VALLEY STAGES

Pemandu rali yang berasal dari Wales, Osian Pryce berjaya muncul sebagai pemenang perlumbaan pusingan kedua Probite British Rally Championship (BRC) yang telah pun berlangsung pada hujung minggu baru – baru ini.

Osian Pryce yang berusia 31 tahun adalah merupakan naib juara BRC sebanyak dua kali pada tahun 2013 dan 2014 berjaya memberikan suatu pengalaman pertama juara kepada Juruarah yang juga rakan baiknya, Rhodri Evans untuk pertama kali menjuarai perlumbaan rali bersama jentera Ford Fiesta Rally2 dengan menggunakan tayar Michelin.

Osian Pryce berjaya mengenepikan saingan pilihan utama perlumbaan Chris Ingram yang juga merupakan juara sulung kalendar perlumbaan BRC musim ini. Chris Ingram yang masih lagi memandu jentera lama, Volkswagen Polo GTi R5 bersama Juruarah Alex Kihurani akur hanya untuk berada di tempat ketiga keseluruhan sekali gus membuka ruang dan peluang untuk pemandu lain mencabar kejuaraan BRC dengan dua pemandu berbeza mencatat kejayaan.

Kejayaan podium ketiga ini dilihat memberikan sedikit harapan buat beliau dan pasukannya memandangkan jentera lamanya, Polo GTi R5 mula dilihat gagal memberikan saingan di atas permukaan gravel sambil hujan mula membasahi laluan. Sudah tentu Chris Ingram berharap dengan sabar untuk menantikan jentera baharunya, Toyota GR Yaris Rally2 bersedia untuk perlumbaan berikutnya.

Kemenangan Osian Pryce di halaman sendiri di Rallynuts Severn Valley Stages ini dilihat lebih manis sementelah melakukan kejayaan podium kali pertama dalam kerjaya perlumbaan rali beliau di Rally Yorkshire pada tahun 2022.

Tempat kedua berjaya diraih pemandu dari Ireland William Creighton yang turut memandu jentera Ford Fiesta Rally2 bersama tayar Pirelli setelah ketinggalan kira – kira 20 saat di belakang Osian Pryce. Menariknya, ini adalah podium kedua berturut – turut buat William Creighton sementelah beliau berjaya melakukannya pada perlumban pembukaan di  Legend Fires North West Stages.

Prestasi William Creighton setakat dua perlumbaan ini dilihat cukup baik sementelah bertukar memandu jentera Ford Fiesta Rally2 bermula musim ini dan turut berpeluang mencabar kejuaraan BRC musim sementelah berjaya muncul juara Junior BRC pada tahun 2021.

Pada perlumbaan ini juga menyaksikan bekas pemandu F1, Jos Verstappen membuat debut dalam dunia rali dengan memandu jentera Skoda Fabia R2 Rally2 yang menamatkan di tempat ke 11 keseluruhan.

Dan sementara itu, Proton Iriz R5 yang dipandu oleh Ollie Mellors gagal menamatkan perlumbaan setelah mengalami masalah dengan jentera di SS7.

Kredit Foto : FB BRC

BACA : BRC 2024 – CHRIS INGRAM JUARA PEMBUKA TIRAI MUSIM 2024. APA PULA NASIB PROTON IRIZ RALLY2?

BACA : KELIBAT PROTON IRIZ RALLY2 DI BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP MUSIM 2024

Google ads

B K

Back to top button