Artikel Pilihan

BMW M3 E30 – PERMULAAN ERA SEBUAH M3

Pengenalan model BMW Siri 3 generasi ketiga (E30) pada era 80an / 90an dilihat cukup tepat pada waktu dan ketikanya. Ianya sebuah model sedan eksekutif yang cukup sesuai untuk dipandu sendiri ke pejabat tanpa perlu menggunakan khidmat pemandu.

Ketika mahu menyertai pertandingan perlumbaan Deutsche Tourenwagen Meisterschaft (DTM), BMW harus menyediakan sebuah model istimewa yang diberikan lencana M3 untuk menyertai perlumbaan tersebut. Dan sebagai syarat proses homologasi, BMW harus mengeluarkan sejumlah 5,000 unit edisi BMW E3 ketika itu bagi menyertai perlumbaan ulung di Jerman.

BMW E3 ini mula dipertontonkan kepada umum sewaktu Frankfurt Motor Show 1985 dan produksinya bermula diantara Mac 1986 sehingga ke Jun 1991.

Secara asasnya, BMW E3 ini dibina dengan rekaan badan coupe serta sejumlah unit terhad dengan rekaan convertible. Jelas rupa luaran M3 generasi pertama ini kelihatan cukup garang dan sporty. Selain daripada rekaan tiga pintu, agak ketara juga apabila ruangan fender belakang telah dikenakan pemakaian wide body.

Yang pasti, penghasilan BMW E3 ini telah dilakukan dengan cukup baik oleh para Jurutera BMW Motorsport GmbH. Ianya telah dihasilkan dengan menggunakan komponen terbaik daripada rak Bahagian Perlumbaan BMW. Sistem brek kini telah dilengkapi dengan ABS dan juga cakera pengudaraan bagi memastikan ianya lebih jitu. Begitu juga dengan sistem suspensi telah direka untuk pemanduan di trek tanpa mengorbankan keselesaan pemanduan harian.

Jantung BMW M3 sudah pasti adalah enjin empat silindernya yang canggih. Asas untuk ini ialah empat silinder dua liter daripada Siri 3 ketika itu, yang telah ditala sepenuhnya. Antara ciri terbaik enjin asal ialah beratnya yang rendah, tork yang tinggi dan ketahanannya. Namun untuk M3 ini ianya dipertingkatkan kepada enjin 2.3 liter bersama kotak gear manual lima kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa 220kuasa kuda dengan kelajuan maksimum 243 km/j.

Selain daripada itu, enjin bersesaran 2.5 liter dengan kuasa 238 kuasa kuda turut diperkenalkan kepada pasaran bermula pada tahun 1990. Varian ini diberikan nama BMW M3 Sport Evolution dengan hanya sejumlah 600 unit sahaja ditawarkan.

BMW M3 versi atas litar juga jauh lebih mengagumkan. Versi perlumbaan ini kini mampu menghasilkan kuasa sekitar 300 kuasa kuda. Pernah memenangi kejuaraan dunia untuk World Touring Car Championship serta kejuaraan utama di bumi sendiri DTM selain daripada beberapa kejuaraan peringkat kebangsaan di Perancis, Italy dan juga England.

BACA : BMW M3 EVO II MENCARI PEMILIK BAHARU, HANYA 500 UNIT DI DUNIA!

BACA : BMW M3 COMPETITION LAPOR DIRI SEBAGAI PERONDA LEBUH RAYA AUSTRALIA

Google ads

B K

Back to top button