,
Buletin

3 TOYOTA SUPRA ROSAK TERUK DI HUNGARY – TRAK PENGANGKUT TERLIBAT KEMALANGAN

Tiga buah Toyota Supra dilaporkan mengalami rosak teruk selepas sebuah trak yang dipertunggungjawabkan untuk membawanya ke bilik pameran terlibat dalam kemalangan di Hungary. 

Punca kemalangan tidak dapat disahkan, tetapi beberapa keping foto yang dikongsi di media sosial jelas menunjukkan kondisi sebenar kereta tersebut. 

Pemandu lori mungkin menjadi punca dengan mengundur dan melanggar sesuatu. Mungkin juga sebuah trak bersaiz besar yang melanggarnya dengan kuat dari arah belakang.

Tidak kiralah apa yang berlaku, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan teruk pada kereta yang berada di bahagian bawah. 

Bahagian belakang Supra berwarna kelabu kelihatan penyek dengan cermin pecah sepenuhnya.

Kerosakan Supra berwarna putih yang berada di bahagian atas bagaimanapun tidaklah terlalu teruk. Bahagian bawahnya seperti ekzos dan cermin belakang kiri remuk.

Remuk juga hati tengok kereta idaman kena langgar macam ni. Dok gitu? 

Tags
Google ads
Back to top button