Artikel Pilihan

BMW Z4 VS TOYOTA SUPRA. APA YANG BERBEZA?

Toyota Supra dan BMW Z4, ramai yang mengatakan kereta ini hampir sama. Lebih-lebih lagi kedua-dua kereta banyak menggunakan perkakasan BMW yang sama dan juga di pasang oleh kontraktor pemasangan yang sama iaitu Magna Steyr di Austria

Kedua dua kereta menggunakan cesi yang sama iaitu BMW Cluster Architecture dengan menggabungkan keluli, aluminium dan juga gentian karbon. Enjin pula dibekalkan oleh BMW dengan kod B5830O1. Manakala transmisi 8 kelajuan automatik pula dibekalkan oleh ZF Power Transmission dengan kod ZF 8HP50 

Semasa proses konsep dan rekabentuk, kedua dua pasukan bersetuju dengan beberapa perkara seperti sistem suspensi, sistem stering, lokasi dan kedudukan pemandu serta nisbah agihan berat depan dan belakang 50:50. Selepas pembangunan cesi ini disiapkan, enjin dipilih dan transmisi 8 kelajuan ditetapkan, pasukan Toyota dan BMW berpisah dan menyiapkan kedua dua kereta secara berasingan

Rekaan Supra dilakar dan diilhamkan oleh ketua rekabentuk Nobuo Nakamura. Nobuo ni memang rajin sangat, dari tahun 2013 lagi dia sudah mengilhamkan pengganti Supra dengan kod projek FT-1. Ia merupakan sebuah coupe 2 pintu dengan bumbung kekal. Lebih kurang sama dengan Toyota GT 86 (tapi GT 86 ada 2 kerusi ekstra di belakang)

Supra tidak menggunakan braces pada bahagian enjin

Tugas merekabentuk BMW Z4 diberikan pada Adrian von Hooydonk iaitu Pengarah Rekabentuk BMW. Ironinya Adrian dilahirkan di Belanda dan bukan warga negara Jerman. Dari awal lagi rekaan Adrian menggunakan rekaan coupe convertible menggunakan bumbung soft top. Mungkin lubang hidung dia ada persamaan dengan kidney design.

Coupe di sini merujuk kepada kereta 2 pintu. Convertible pula merujuk kepada kereta yang menggunakan bumbung boleh dilipat. Dalam kes Z4, ia menggunakan bumbung gentian fabrik bukannya hardtop. Dari segi ketegaran cesi, rekaan Supra dengan bumbung yang diintegrasikan dengan cesi adalah lebih tegar berbanding dengan Z4.

Z4 pula perlu mengukuhkan sokongan cesi lantai disebabkan ia tiada sokongan pada bahagian atas. Jadi lantai Z4 akan dipenuhi dengan bar pengukuh dan braces yang dipasang pada tempat strategik bagi mengelakkan cesi meliuk ketika dipandu secara ekstrim

Enjin yang digunakan oleh Supra menggunakan kod B5830O1 iaitu 6 slinder 3000cc. Ia menghasilkan 335 kuasa kuda dan tork maksima 447Nm antara 1400-5000 RPM. Bergantung pada pasaran enjin yang sama pada Z4 menghasilkan 382 kuasa kuda dan tork maksima sehingga 500Nm. Mungkin Z4 menggunakan talaan yang berbeza daripada Supra.

Disebabkan rekaan Z4 dan Supra menggunakan pendekatan yang berbeza, maka dimensi kedua dua kereta juga adalah berbeza. Panjang keseluruhan Supra ialah 4379mm, lebar 1854mm, dan tinggi 1294mm. Berat kasar Supra ialah 1570kg. Z4 dan Supra ditetapkan supaya memiliki nibah berat 50:50.

Mazda CX30

Dimensi Z4 pula berbeza dari segi panjang, lebar dan juga tinggi. Z4 pendek sedikit dengan panjang 4324mm, lebih lebar pada 1864mm dan juga ia sedikit tinggi dengan 1304mm. Sebagai penalti, ia juga lebih berat dengan 1644kg. Berat memainkan peranan pada dinamik pengendalian kereta

Kedua-dua kereta menggunakan steering yang sama yang diambil dari model BMW X3 dengan nisbah 15.1:1. Tapi anda kene ingat sistem stering ini menggunakan teknologi EPS yang boleh ditetapkan secara elektronik. Jadi walaupun hampir sama, talaan steering kedua dua kereta tidak sama dan part number juga tidak sama.

Suspensi kedua dua kereta juga menggunakan geometri yang sama. Gandar depan pada Supra menggunakan Double Jointed McPherson manakala Z4 menggunakan double wishbone. Tapi pada hemat penulis kedua-dua unit adalah sama (kalau salah tolong betulkan). Manakala gandar belakang menggunakan suspensi multilink.

This image has an empty alt attribute; its file name is 2020-BMW-Z4-M40i-front-three-quarter-in-motion-6-1.jpg

Namun bushing atau pelapik getah bagi Z4 dan Supra adalah berbeza. Bushing ini sebahagian daripada sistem suspensi dan ada pemalar spring tersendiri. Sebarang perubahan pada kekerasan bushing akan mengubah karekter pemanduan kereta dan Toyota pakar dalam hal sebegini.

Rekaan Dalaman kedua dua kereta walaupun nampak hampir sama tapi sedikit berbeza. Z4 datang dengan semua gadget terkini BMW seperti meter skrin 10.3 inci ( Supra 8.8 inci), skrin sesentuh 12.3 inci bagi sistem audio (8.8 inci bagi Supra) dan juga sistem audio berjenama Harmon Kardon (Supra menggunakan speaker JBL). Secara keseluruhan Supra menggunakan rekaan dalaman BMW versi terdahulu berbanding dengan Z4 yang menggunakan rekaan terkini.

Tags
Google ads
Back to top button