Buletin

POLIS MINNEAPOLIS TOREH TAYAR KERETA PENGAMAL MEDIA, PERUBATAN DAN PERUSUH

Apa sudah jadi? Anggota polis lengkap berpakaian seragam taktikal dilihat menoreh tayar beberapa buah kenderaan di ruang letak kereta.

Menurut laporan portal jalopnik, dalam video protes Black Lives Matter di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat itu, mendakwa beberapa pegawai polis mensasarkan kenderaan pengamal media.

Dalam kompilasi klip video Mother Jones, jelas menunjukkan anggota polis telah menoreh tayar kenderaan yang diletakkan di ruang letak kereta.

Tindakan vandalisme ini tidak hanya melibatkan kenderaan para perusuh. Malah, tayar kereta para petugas perubatan dan pengamal media yang membuat liputan tentang protes berkenaan juga tidak terkecuali.

Lebih memeranjatkan, keempat-keempat tayar kenderaan persendirian ataupun sewa mereka pancit apabila kembali dari tugasan.

Anggota polis didakwa mensasarkan kenderaan sewa yang dipandu pengamal media secara spesifik. Padahal, pengamal media dibenarkan untuk melakukan liputan sepanjag tempoh perintah berkurung.

Menurut Mother Jones, kereta berwarna kelabu di dalam video merupakan kereta yang disewa oleh wartawan New Yorker, Luke Mogelson. Dia yang terkenal sebagai wartawan di zon perang ditugaskan untuk membuat liputan protes di Minneapolis.

Mogelson tidak berseorangan, beberapa lagi pengamal media menerima nasib sama. Misalnya Jeff Wagner, Andrew Kimmel, Philipe Leblanc dan Philip Montgomery.  Montgomery turut ditembak menggunakan peluru getah.

Jurucakap Jabatan Keselamatan Awam, Bruce Gordon berkata ia merupakan langkah strategik untuk memancitkan tayar-tayar.

Katanya, tindakan tersebut untuk menghentikan sikap memandu kenderaan secara merbahaya di sekeliling penunjuk perasaan dan penguatkuasa. – jalopnik

Google ads
Back to top button