Buletin

BUGATTI DAN TIDAL HASILKAN SISTEM BUNYI PREMIUM. TERHAD 30 UNIT SAHAJA

Bugatti dilapor telah menjalin kerjasama dengan pengeluar sistem audio premium dari Jerman, Tidal untuk menetapkan satu standard baharu bagui sistem bunyi di rumah yang sangat eksklusif dan berkualiti tinggi.

Kolaborasi itu dimulakan dengan rangkaian model pembesar suara Royale yang boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan.

Terdapat dua tema utama iaitu Monocoque dan Duatone.  Pelanggan boleh memilih kombinasi material berbeza, termasuklah kemasan piano dan warna-warna avant-garde. 

Pembesar suara itu juga diubah suai dengan gabungan material kulit, gentian karbon, aluminium, fabrik dan logam berharga.

Dilekat dengan logo Bugtti pada bahagian hadapannya, pembesar suara berkenaan tampil dengan kemasan besi tahan karat dan berbentuk sedikit melengkung. 

Bahagian belakang pula dilekat dengan penjenamaan Tidal for Bugatti. Di dalamnya, setiap pembesar suara tersebut mempunyai empat pemacu subwoofer, tiga unit speaker dengan pemacu julat sederhana dan tweeter bersama diaphragm berbentuk berlian. 

Peranti itu juga dilengkapi saluran amplifier berkuasa dan butang kawalan yang membolehkannya disambung dengan pelbagai sumber dari luar. Ini bagi disesuaikan dengan perkhidmatan penstriman muzik dan televisyen pintar. 

Pelanggan kini boleh membeli dua set sistem audio kediaman yang dikenali sebagai Edition Noir dan Edition Blanc yang setiap satunya terhad kepada 15 unit sahaja.

Harga tidak dinyatakan. Kalau awal-awal lagi sudah tanya berapa harga, anda mungkin tidak mampu membelinya. 

Google ads
Back to top button