Buletin

BUGATTI CHIRON, PORSCHE 911 CABRIOLET, MERCEDES BENZ C-CLASS ‘BERLAGA’ DI SWITZERLAND. KERUGIAN CECAH AS$4 JUTA

Jentera Bugatti Chiron dan Porsche 911 Cabriolet rosak teruk akibat kemalangan di Gotthard Pass, Switzerland.

Dalam kejadian itu, dua kenderaan terbabit dipandu di belakang sebuah Mercedes Benz C-Class menaiki kawasan pelancongan tersebut.

Difahamkan, pemandu Bugatti Chiron memasuki dan memecut di laluan bertentangan untuk memotong dua kenderaan di hadapannya.

Bagaimanapun, pada masa, Porsche turut memecut sehingga mengakibatkan Bugatti melanggar bahagian belakang jentera itu.

Akibat hentakan kuat, Porsche telah melanggar pula bahagian belakang Mercedes Benz C-Class sebelum dilanggar Bugatti.

Melalui gambar tersebar di media sosial, dipercayai kesemua kenderaan melanggar batu-batuan di tepi jalan bagi mengelak terbabas ke bawah bukit.

Porsche 911 mengalami kerosakan paling teruk kerana terbabas ke bahagian penghadang konkrit.  

Bahagian hud hadapan terangkat ke atas manakala salah satu tayar tercabut dari jentera itu.

Kerosakan Bugatti Chiron tidak begitu teruk dengan bamper karbon pecah, gril bahagian hadapan serta hud rosak.

Menurut media tempatan 20 Minuten, penumpang kenderaan Mercedes Benz mengalami kecederaan serius dan dibawa ke hospital berdekatan.

Jalan ditutup sementara untuk penyiasatan dan pembersihan kemalangan. Ia didakwa jumlah kerugian kemalangan melibatkan tiga kenderaan mencecah AS$4.06 juta (RM17 juta). – carscoops.

Google ads
Back to top button