Buletin

BUGATTI BOLIDE ‘RAKSASA’ HYPERCAR LITAR SETANDING JENTERA F1

Bugatti memperkenalkan sebuah’raksasa’ hypercar litar dikenali sebagai Bolide

Jentera terbaharu ini didatangkan dengan nisbah berat-ke-kuasa hanya sebanyak 0.67kg/PS.

Bugatti Bolide dibangunkan sebagai satu kajian eksperimen untuk melihat potensi sebenar sebuah kereta ringan mendapat khidmat enjin W16 8.0-liter syarikat itu.

Bak kata CEO Bugatti, Stephan Winkelmann, Bugatti Bolide ialah “sebuah kereta yang dilengkapi dengan empat roda, enjin, kotak gear, stereng dan hanya dua tempat duduk.”

Bolide digabungkan dengan ciri enjin W16 seperti model Chiron dan rekaan badan yang ringkas untuk menghasilkan downforce maksimum.

Jentera dilengkapi enjin W16 dimodifikasi memastikan Bolide mampu menghambur kuasa mencecah sehingga 1,824 hp dan tork 1,850 Nm.

Selain itu, berat kering Bolide hanya 1,240 kg sekali gus menjadikan hypercar terbaharu ini setanding prestasi jentera Formula 1.

Bagi memastikan Bolide lebih ringan, Bugatti menggunakan komponen skru dengan elemen titanium, aloi titanium, brek seramik dan kemasan gentian karbon pada casis monocoque dan beberapa komponen lain.

Secara teori, jentera ini mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 500km/j.

Menurut simulasi Bugatti, Bolide difahamkan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.17 saat, 0-200km/j (4.36 saat), 0-300km/j (7.37 saat), 0-400km/j (12.08 saat) dan 0-500km/j (20.16 saat).

Bolide juga memerlukan 3.07 minit untuk melengkapkan satu pusingan di litar Le Mans de la Sarthe  dan 5.23 minit untuk satu pusingan litar Nurburgring. – carscoops

GALERI

Google ads
Back to top button