Buletin

BYD MALAYSIA SIAR GAMBAR ACAH BYD ATTO 3 2025

BYD Malaysia telah mengeluarkan gambar acah di Facebook mengenai model Atto 3 2025 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Model 2025 ini menampilkan reka bentuk luaran lebih tajam, termasuk bampar hadapan dan belakang yang diperbaharui dengan garis-garis lebih menonjol.

Selain itu, terdapat kemasan hitam pada tiang D dan pilihan warna baharu, Cosmos Black. Perubahan lain termasuk logo BYD di bahagian belakang yang menggantikan tulisan “Build Your Dreams”.

Tiada perubahan dijangka pada trenkuasa dan pilihan bateri. Ketika ini, satu-satunya varian yang ditawarkan di Malaysia ialah model Extended Range (pra-facelift) berharga RM149,800.

Varian berkenaan dilengkapi motor hadapan tunggal berkuasa 204PS/310Nm dan bateri Blade LFP 60.48kWh, menawarkan jarak gerak 420km mengikut kitaran WLTP.

Sebelum ini, terdapat juga pilihan bateri 49.92kWh yang menawarkan jarak 345km WLTP.

Menerusi gambar acah tersebut, pelancaran rasmi dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Google ads
Back to top button