Motosikal

MASALAH ECU, YAMAHA PANGGIL SEMULA 12,000 MOTOSIKAL 

Yamaha telah mengumumkan panggilan semula besar-besaran melibatkan 12,000 motosikal dari empat model berbeza ekoran masalah sistem suntikan bahan api. 

Panggilan semula itu melibatkan model dipacu enjin CP3 dan CP4 yang merangkumi MT-09, MT-09 SP, MT-10, MT-10 SP, Tracer 9 GT, Tracer 9 GT+ serta Niken GT dan XSR900. 

Menurut Yamaha, panggilan semula itu  melibatkan motosikal yang dijual di pasaran Jerman sahaja yang dihasilkan dari Mei 2021 hingga Disember 2024. Masalah tersebut boleh menyebabkan enjin motosikal mati secara tiba-tiba pada bila-bila masa.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Yamaha telah merangka pelan khas termasuk mengemas kini perisian ECU bagi mtoosikal yang terkesan selain menggantikan TPS (throttle position sensor) yang juga berkemungkinan rosak akibat dari isu sama. 

Difahamkan, model paling terkesan dengan msalah ECU ini  adalah MT-09 (semua varian) dan Tracer 9 GT. 

Google ads
Back to top button