Buletin

JAECOO J7 PHEV RASMI DILANCARKAN – JARAK GERAK 1,300KM SATU TANGKI MINYAK PENUH, HARGA BERMULA RM158K

Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Jaecoo J7 PHEV untuk pasaran tempatan.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 4,500mm panjang, 1,865mm lebar, 1,670mm tinggi, jarak roda diletakkan pada 2,672mm serta keupayaan redah air sedalam 450mm.

Untuk pasaran tempatan, Jaecoo J7 PHEV hadir dengan tiga pilihan warna;

  • Carbon Crystal Black
  • Khaki White
  • Moonlight Silver dengan bumbung hitam

Untuk penggayaan luar, ia tiba dengan tayar 19-inci baharu dengan reka bentuk tertutup, bersama-sama kelengkapan seperti flap penutup tempat pengecasan di sisi kanan, lampu LED depan dan belakang, DRL LED serta pemegang pintu retractable.

Selain itu, ruang kargo J7 PHEV adalah 500 liter dan boleh mencapai sehingga 1,265 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin sentuh 14.8-inci untuk sistem infotainmen, kluster instrumen 10.25-inci, empat slot USB serta pengecas telefon tanpa wayar.

Kelengkapan lain termasuklah sistem audio Sony lapan pembesar suara, perakam video digital (DVR), sunroof, kerusi dengan kemasan kulit buatan, dan kawalan iklim dua zon.

Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin 1.5 liter turbo yang berupaya menghasilkan 141hp/215Nm, motor elektrik, menghamburkan 201hp/310Nm serta pek bateri 18.3kWh.

Secara keseluruhan, J7 PHEV berupaya menghamburkan kuasa 342hp dan 525Nm tork serta mempunyai daya pecutan 0-100 km/j sepantas 8.5 saat.

Untuk rekod, J7 PHEV menawarkan jarak gerak sejauh 106km, dengan jarak keseluruhan mencecah 1,300km bagi satu tangki minyak penuh.

Untuk pengecasan, ia disokong oleh pengecasan pantas DC sehingga 40kW dan pengecasan AC 6.6kW selain, hadir dengan fungsi V2L, iaitu kemampuan mengecas perkakasan luaran.

Jaecoo J7 PHEV juga menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Economy, Standard dan Sport.

Super Hybrid System menawarkan ciri keselamatan terbaik dalam segmennya, ia dilengkapi dengan perincian seperti berikut:

  • Lapan beg udara
  • Sistem peninjau tekanan tayar
  • Brek parkir elektronik dengan Auto Hold
  • Kawalan jelajah adaptif
  • Sistem pemantauan pemandu
  • Bantuan pengekalan lorong kecemasan
  • Bantuan suluhan tinggi pintar
  • Amaran keluar lorong
  • Amaran lintasan trafik belakang dan bantuan kesesakan trafik.

Untuk harga, Jaecoo J7 PHEV ditawarkan pada harga RM158,800.

GALERI:

Google ads
Back to top button