Buletin

DACIA SANDRIDERS CEMERLANG DI ABU DHABI DESERT CHALLENGE

Dacia Sandriders kini merupakan pasukan yang berjaya memenangi dua kali dalam perlumbaan FIA World Rally-Raid Championship usai pelumba mereka Nasser Al-Attiyah dan Édouard Boulanger berjaya meraih kemenangan yang menakjubkan di perlumbaan yang mencabar Abu Dhabi Desert Challenge semasa perlumbaan peringkat akhir yang mendebarkan.

Dengan hanya berbekalkan masa yang cukup tipis, 41 saat sahaja Nasser Al-Attiyah dan Édouard Boulanger bermula hari terakhir sejauh 167 km perlu untuk terus berada dalam tahap terbaik untuk memastikan mereka sentiasa di hadapan.

Memandu jentera Dacia Sandrider yang menggunakan bahan bakar mampan itu beraksi sempurna untuk merentasi padang pasir yang berbukit yang cukup mencabar di Mezeer’ah sehingga ke garisan penamat di bandar Abu Dhabi. Nasser Al-Attiyah dan Édouard Boulanger berjaya menamatkan perlumbaan ketika itu di kedudukan kedua terpantas tetapi masih berupaya mencatatkan keputusan keseluruhan dengan kelebihan 2 minit 28 saat.

Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kedua untuk pasukan Dacia Sandriders dalam kejohanan FIA World Rally Championship (W2RC) setelah mencatatkan kemenangan sulung di Rallye du Maroc pada Oktober yang lalu. Malah bukan itu sahaja, ini juga merupakan kemenangan sulung untuk Nasser Al-Attiyah bersama Juruarah Édouard Boulanger setelah beraksi beberapa kali di sini.

Dengan keputusan yang diraih di bu Dhabi Desert Challenge ini membolehkan Nasser Al-Attiyah mendahului pungutan mata untuk kategori Pelumba W2RC dan juga Juruarah yang berasal dari Perancis Édouard Boulanger untuk kategori Juruarah setakat dua pusingan. Mankala pasukan Dacia Sandriders pula bergerak ke kedudukan kedua keseluruhan untuk kategori Pengeluar.

Selain daripada berjaya memenangi peringkat perlumbaan yang ketiga daripada lima peringkat yang dipertandingkan di Abu Dhabi Desert Challenge ini, pasukan Dacia Sandriders juga berjaya meraih catatan masa terpantas melalui pemandu rali lagenda Sébastien Loeb dan Fabian Lurquin untuk Peringkat 2.

Sungguh pun berjaya mendahului dan tampak seperti podium hampir pasti menjadi milik Sebastien Loeb, namun mereka terpaksa bersara lebih awal akibat mengalami kerosakan akibat jentera mereka yang berguling kira – kira 41 km menuju ke garisan penamat ketika saingan Peringkat 4 sekali gus tidak berupaya memberikan hadiah hari jadi buat sang lagenda yang mana hari lahirnya jatuh ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Perlumbaan berikutnya akan berlangsung di South African Safari Rally pada 18 hingga 24 Mei nanti.

BACA : DACIA SANDRIDERS BERSEDIA UNTUK MENAKLUK DAKAR RALLY

BACA : DACIA SANDRIDER – MUNGKINKAH INI PENCABAR BAHARU UNTUK RALI DAKAR

Google ads

B K

Back to top button