BYD & YANGWANG AKAN MEMBUAT KEMUNCULAN DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED 2024
BYD, pengeluar kenderaan tenaga baharu yang terkemuka di dunia, dan sub-jenama mewahnya YANGWANG, telah membuat pengumumanan mengujakan tentang perkongsian mereka dengan Goodwood Festival of Speed yang cukup berprestij, yang akan berlangsung dari 11 hingga 14 Julai 2024.
Kerjasama ini kelak akan membolehkan dua jenama BYD dan YANGWANG untuk berkongsi idea mereka yang mengagumkan, di mana pengunjung juga boleh meneroka teknologi perintis terkini daripada kedua-dua jenama ini.
BYD akan mempamerkan model BYD SEAL U DM-i baharunya, sebuah SUV lima tempat duduk hibrid plug-in. Ini adalah model kenderaan hibrid (PHEV) pertama BYD dengan Teknologi Super DM (Dual Mode) di Eropah. SUV keluarga segmen D direka bentuk sebagai kereta keluarga yang luas, praktikal, selamat dan selesa, penuh dengan teknologi PHEV pintar canggih dengan mengutamakan kuasa elektrik yang dapat memanfaatkan kecekapan tenaga, penggunaan bahan api ultra rendah serta prestasi pemanduan yang menyeluruh.
Selain daripada model BYD SEAL U DM-i serba baharu membuat penampilan sulung di UK pada musim luruh tahun ini, model sedia ada seperti BYD ATTO 3, BYD DOLPHIN dan BYD SEAL yang popular akan dipamerkan, menonjolkan kepelbagaian rangkaian kenderaan mampan dan inovatif BYD.
YANGWANG pula akan memperkenalkan dua model baharu mereka, YANGWANG U8 dan sebuah supercar berprestasi tinggi yang menakjubkan YANGWANG U9 di Goodwood Festival of Speed ini kelak.
Kedua model ini akan mewakili kemuncak kemewahan dan juga prestasi serta inovasi dunia automotif tanpa sempadan. YANGWANG U8 akan menampilkan ciri moden dan canggih termasuklah e⁴ Platform dan juga DiSus-P Intelligent Hydraulic Body Control System yang akan meningkatkan lagi kehebatan dan keselamatan ketika di laluan off-road meliputi fungsi VOT (Vehicle Origin Turn), penstabilan letupan tayar, dan juga pengapungan kecemasan.
Model U8 ini kelak mempunyai kuasa sehingga 1,200 kuasa kuda dan mampu memecut dari 0 ke angka 100 km/j hanya dalam tempoh 3.6 saat sahaja.YANGWANG U9 dengan 1,300 kuasa kuda serta 1,680 Nm mampu memecut hanya dalam tempoh 2.36 saat sahaja dari 0 ke 100 km/j.
Selain daripada model model yang laju, BYD juga akan turut mempamerkan MPV untuk membawa ahli keluarga, DENZA D9, sebuah SUV elektrik yang mampu membawa tujuh penumpang tanpa masalah. Untuk rekod, DENZA D9 ini merupakan MPV yang paling laku di China pada tahun lepas dengan rekod jualan 119,000 unit.
BACA : BYD SEAL HONOR EDITION DIJUAL DENGAN TANDA HARGA RM165K, CETUS PERANG HARGA
BACA : PESAING FORD RANGER, TOYOTA HILUX, BYD SHARK DILANCARKAN TAK LAMA LAGI