Buletin

PESAING FORD RANGER, TOYOTA HILUX, BYD SHARK DILANCARKAN TAK LAMA LAGI

Ford Ranger dan Toyota HiLux bakal menerima pesaing baharu apabila BYD kini muncul dengan model baharu iaitu BYD Shark.

Nama ‘Shark’ baru difailkan minggu lalu, masih dalam proses pemeriksaan, tetapi ia sejajar dengan tema haiwan marin yang diperkenalkan oleh BYD sebelum ini seperti model kereta elektrik Seal dan Dolphin.

Dari segi reka bentuk, Shark menonjolkan rekaan yang lasak seperti boleh dilihat dalam gambar tersebar baru-baru ini, mempunyai gril hadapan dengan hiasan ala BYD serta lampu hadapan berbentuk segi empat, menyerupai reka bentuk Ford F-150.

Bahagian depan turut menonjolkan roof rails dan sports bar, menunjukkan bahawa model ini ditujukan kepada pengguna yang menginginkan spesifikasi tinggi, seperti Ford Ranger Wildtrak atau Toyota HiLux Rogue.

Di bahagian belakang, nama BYD jelas terpapar pada pintu belakang, manakala lampu belakang bersambung dengan jalur lampu untuk mengekalkan gaya moden.

Pada bahagian dalaman, Shark menampilkan skrin sentuh infotainment yang besar, gugusan instrumen digital, stereng rata di bahagian bawah, dan pemilih mod pemanduan di antara penumpang hadapan.

Selain itu, ia turut dikemaskan lagi melalui material mewah seperti kulit dengan jahitan kontras merah serta dilengkapi sunroof.

Meskipun butiran mengenai kuasa Shark masih menjadi misteri, laporan awal menunjukkan bahawa ia mungkin akan dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid plug-in, jarak gerak elektrik 100km.

BYD sebelum ini telah menggunakan 1.5 liter turbo-petrol dan susun atur hibrid motor elektrik dalam SUV off-road Fangcheng Bao 5/Fang Cheng Bao Leopard 5, menghamburkan kuasa 505kW/760Nm.

Selain daripada varian hibrid plug-in, versi elektrik sepenuhnya juga mungkin akan muncul pada tahun 2025.

GALERI:

Google ads
Back to top button