
BYD SEAL HONOR EDITION DIJUAL DENGAN TANDA HARGA RM165K, CETUS PERANG HARGA
BYD, peneraju dalam inovasi kereta elektrik (EV), baru sahaja melancarkan sedan elektrik Seal Honor Edition, berharga dari AS$25,000 (RM118,014), sebagai sebahagian daripada misi mereka untuk bersaing dengan kereta petrol.
Dengan lima pilihan trim ditawarkan dari AS$35,000 (RM165,220), model baharu ini ditetapkan untuk menyaingi Tesla Model 3, yang menampilkan insentif menarik seperti pembiayaan faedah 0% dan caj percuma untuk pemilik baharu.
Bukan itu sahaja, jarak perjalanan yang ditawarkan sehingga 435 batu menambah nilai kepada model ini, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk penggunaan harian dan perjalanan jauh.

Selain itu, BYD terus menerajui pasaran EV, memperkenalkan model mesra bajet seperti Dolphin Honor Edition dan Seagull dengan harga pada serendah AS$9,700 (RM45,793).
Pelancaran strategik ini menandakan komitmen BYD untuk menjadikan EV lebih mudah diakses dan menandakan perubahan ketara dalam industri automotif,.
Menuurt penganalisis, BYD bukan sahaja mencabar pesaing tetapi juga mentakrifkan semula jangkaan untuk kenderaan elektrik, menunjukkan kualiti tinggi serta kemampuan mampu milik boleh seiring.
Dengan inovasi berterusan dan penekanan pada peningkatan prestasi serta aksesibiliti, BYD memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan pasaran EV global.


