CAMARO MASUK TASIK. PEMAIN NFL DITAHAN KERANA MABUK
Polis Put-in-Bay, Ohio, Amerika dikejutkan dengan kehadiran pemain National Footbal League (NFL), Jermiah Lamont Braswell di tasik Erie.
Pemain itu yang memandu Chevrolet Camaro itu terbabas lalu masuk ke dalam tasik.
Menurut 13abc WTVG TV, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Jumaat lalu.
Braswell memandu kereta Camaro berwarna jingga miliknya lalu merempuh benteng sehingga mendarat di pesisir tasik.
Walaupun, gambar kejadian kemalangan diambil pihak polis menunjukkan terdapat perabot rosak, tetapi tiada sesiapa yang mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.
Difahamkan, Camaro berkenaan dipandu dengan laju sebelum melencong ke kawasan berumput sehingga terbabas ke dalam tasik.
Pihak polis terpaksa mengharungi air tasik sebelum mendapati Braswell masih berada di tempat duduk pemandu.
Pertuturannya tidak jelas ketika menjawab soalan bagaimana dia boleh berada di dalam tasik.
Dia hanya mampu menjawab dengan tersekat-sekat dan tidak mengetahui bagaimana ia berlaku.
Foto diambil pihak polis menunjukkan Camaro tersebut tersadai di pesisiran tasik dengan tayar hadapan berada di dalam air.
Sebahagian bampar belakang tercabut dari badan kereta, satu muffler tercabut dan beg udara meletup.
Polis telah menahan Braswell selepas ujian pernafasan mendapati kandungan alcohol di dalam darah telah melepasi had undang-undang Ohio.
Braswell akan berdepan dakwaan Mengendali Kenderaan Dalam Keadaan Mabuk (OVI).