" "
Artikel Pilihan

TUKAR TEMPAT DUDUK DENGAN ANJING UNTUK ELAK SAMAN – TERUK BETUL MABUK NI

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam 13 Mei lepas memang tidak pernah didengar sebelum ini. Ini juga kali pertama berlaku menurut Jabatan Polis Springfield, Colorado. Seorang pemandu dilihat cuba bertukar tempat duduk pemandu dengan anjing untuk elak disaman kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber polis memberitahu sebuah kereta menarik perhatian mereka kerana dipandu melebihi had laju yang dibenarkan dan mereka segera memulakan kejaran.

Sebaik berjaya dipintas, pemandu lelaki tersebut dilihat cuba menukar kedudukan dengan anjing beliau dan semua aksi tersebut disaksikan sendiri oleh pegawai polis. Sebaik selesai, pemandu lelaki itu berpura-pura keluar dari pintu sebelah penumpang hadapan dan mendakwa anjing beliau yang memandu.

Tengok dari gaya bercakap pun pegawai polis tersebut dah boleh agak yang lelaki tersebut dalam keadaan mabuk. Mereka bertanya tentang apa yang diminum saspek sebelum menyebabkan saspek segera melarikan diri. Tapi kalau dah mabuk tu jauh mana sangat mampu lari. 18 meter je bang, terus kena tangkap.

Tak payah cerita panjang la, lelaki tersebut ditahan dan dikenakan pelbagai tuduhan antaranya ialah memandu di bawah pengaruh alkohol, langgar had laju, cubaan melarikan diri dari ditahan dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, semakan menunjukkan sebelum itu pemandu tersebut turun mempunyai dua saman di bandar Pueblo, Colorado pada hari yang sama.

Cubaan beliau untuk memfitnah anjing sendiri nampaknya gagal dan anjing tersebut dilepaskan dari tuduhan dan dikenakan amaran sahaja. Lawak juga polis kat sana eh.

Google ads
Back to top button