Buletin

TAHUKAH ANDA CHEVROLET JUGA REBADGE KERETA CHINA?

Bila cakap pasal kereta buatan China mulalah ramai yang kono geli geleman. Tapi bila Proton bawa masuk X70 semua mula bukak mata.

Ya. Kereta China hari ni bukanlah macam Chery zaman dulu atau Naza Sutera a.k.a Hafei Lobo tapi industri mereka bergerak sangat pantas sampai tak terkejar dek pemain industri utama yang lain.

Chevrolet yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Daewoo untuk hasilkan kereta-kereta penumpang massa mereka pun dah beralih kepada China untuk rebading kereta model mereka.

Kereta yang dimaksudkan ialah Captiva untuk generasi kedua bagi pasaran Asia dan juga Amerika Selatan.

Diperkenalkan buat pertama kalinya di Bangkok, Chevrolet Captiva ini merupakan model asal Baojun 530 dari China dan ia direka dengan konfigurasi lima dan tujuh tempat duduk kerana GM percaya mereka mampu menarik minat pembeli SUV bagi segmen B dan C.

“Captiva baharu ini diletakkan untuk memenuhi keperluan segmen SUV-B dan SUV-C yang sedang berkembang pesat,” kata Cik Piyanuch Chaturaphat, Ketua Pengarah Jualan & Pemasaran Chevrolet Sales Thailand.

“Captiva akan menjadi sangat menarik bagi para pelanggan yang ingin beralih ke segmen SUV pertama mereka. Ia menawarkan gaya ekspresif, ruang yang luas dan teknologi pintar, semuanya dengan pakej bernilai tinggi, “kata eksekutif itu.

Sama seperti Baojun 530, Captiva berukuran 4,655mm panjang, 1,835mm lebar dan 1,760mm tinggi. SUV menawarkan salah satu bahagian dalaman yang paling mewah dalam segmennya dan ciri-ciri seperti bumbung panorama dan lampu LED DRL.

Model ini akan dijual di Thailand pada separuh kedua tahun ini dengan harga di bawah 1 juta baht, bersamaan kira-kira RM133,000.

GM tidak mendedahkan butiran lebih lanjut tentang Captiva spesifikasi Thailand, tetapi di Colombia, SUV ini ditawarkan dengan enjin petrol empat silinder turbocharged 1.5 liter yang memberikan 147 hp dan 230 Nm tork. Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan dan pilihan CVT automatik.

Ciri-ciri lain termasuklah sistem infotainment berasaskan skrin sentuh 8-inci dengan navigasi, Bluetooth, port USB, dan stereo enam pembesar suara.

Dari sudut keselamatan, SUV ini dibekalkan dengan sensor letak kereta, ABS, EBD dan ESP

GALERI

Google ads
Back to top button