Artikel Pilihan

OPEL MOKKA-e. INI BARULAH KERETA MAK KAU HIJAU

Hijau. Sejuk mata memandang. Itulah dia gambaran yang tepat ketika pertama kali menatap imej Opel Mokka-e ini., sebuah model SUV Kompak elektrik. Jarang benar kenderaan elektrik ini dilayangkan dengan warna hijau. Pada hal sebelum ini kebanyakkan warna yang diketengahkan adalah warna Silver dan juga putih. Kata Green Car. Tah apa – apa entah.

Sebenarnya Opel Mokka-e ini merupakan varian daripada generasi kedua Opel Mokka yang mula diperkenalkan pada tahun ini. Generasi pertama Opel Mokka ini dikeluarkan pada tahun 2012 dengan rekaan yang barangkali tidaklah begitu menarik perhatian.

Tapi generasi kedua Opel Mokka ini kerani dan ini tampil dengan rekaan yang lebih berani dan asli. Malah, Mokka-e baru lebih padat dan kuat, dengan rekaan yang sangat progresif. Saiz Opel Mokka-e kini secara visual menampakkan lebih kompak tetapi sebenar sedikit lebar berbanding generasi pertama Opel Mokka ini apabila titik roda dipanjangkan 2mm sedikit tetapi panjang keseluruhan telah dikurangkan 12.5 cm sebenarnya.

Sebagai kenderaan elektrik yang menawarkan zero emisi, sudah tentu Opel Mokka-e ini menggunakan trenkuasa daripada motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 100 kW (136 hp) dan tork 260 Nm. Kelajuan maksimum pula telah dihadkan sehingga 150 km/j sahaja demi menjaga kemashlahatan pek bateri yang disimpan rapi di bahagian bawah kenderaan. 

Dan untuk mengecaj sehingga 80%, hanya 30 minit sahaja tempoh masa yang diperlukan. Bila dah caj penuh, bolehlah nak dapat had perbatuan sehingga 322 km untuk mod pemanduan biasa Karang kalau pilih mod Sport, kejap aja habis bateri. Tapi yang penting, Opel berani untuk menawarkan jaminan sehingga lapan tahun pek bateri model ini.

Dan tahukah anda bahawa sebelum model ini dilancarkan, Duta Opel merangkap Jurulatih Bolasepak terulung dunia merangkap Pengurus Pasukan Bolasepak Terulung Dunia Liverpool, Jurgen Klopp turut berpeluang memandu uji Opel Mokka-e ini. Dan maklumbalas yang diberikan cukup memberangsangkan.

“Super car! You will have a lot of fun. You can’t imagine it. I’ve already driven it”

Mengapa Jurgen Klopp berasa seronok (fun)? Model yang dibangunkan daripada pelantar  CMP (Common Modular Platform) ini sebenarnya jenis yang ringan tetapi dalam masa yang sama tidak berkompromi langsung dengan ketegaran casis. Sudah tentu pemanduan kenderaan lebih responsif dan tangkas. Mungkin peminat Liverpool boleh juga menempah model yang telah mendapat kelulusan daripada beliau. Amacam?

BACA : OPEL CORSA-E RALLY. KERETA RALI MASA DEPAN

BACA : OPEL INSIGNIA GRAND SPORT – MODEL KEMEGAHAN UNTUK CEO

Tags
Google ads
Back to top button