Buletin

PERMINTAAN MERCEDES-BENZ MALAYSIA MENINGKAT SELEPAS PKP

Mercedes-Benz Malaysia (MBM)  yakin terhadap prospeknya bagi separuh kedua tahun ini berikutan peningkatan permintaan selepas kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr. Claus Weidner berkata syarikat menyaksikan trend permintaan memberangsangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terutama selepas aktiviti perniagaan disambung kembali.

Ia ditambah dengan inisiatif kerajaan seperti pengecualian cukai ke atas jualan kenderaan dan moratorium pinjaman.

“Kami gembira melihat permintaan pelanggan terus meningkat. Kami berharap permintaan seperti ini akan kekal dan seterusnya dapat memberikan peningkatan yang baik kepada industri dalam separuh kedua tahun ini,” kata Weidner dalam persidangan media maya sempena pelancaran Cycle & Carriage Alor Setar Autohaus.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Cycle & Carriage Bintang Bhd. (C&C), Wilfrid Foo berkata syarikat telah membelanjakan RM8.3 juta untuk menaik taraf cawangan di Alor Setar bagi mewujudkan “Mercedes-Benz Retail Brand Presence” yang baharu.

Beliau berkata, dua lagi Cycle & Carriage Autohaus dijadual akan ditransformasi iaitu Cycle & Carriage Johor Bahru dan Ipoh. Kedu-duanya dijangka siap pada akhir tahun ini. – Bernama

Google ads
Back to top button