
LELAKI MABUK LARIKAN FERRARI DAN ROSAKKAN 4 YANG LAIN – ORANG MABUK PUN KENAL FERRARI
Seorang lelaki berusia 29 di Utah mendapat idea untuk mencuri sebuah Ferrari selepas menghabiskan masa seharian minum arak dan mabuk. Dalam usaha melarikan diri dengan sebuah Ferrari yang dicuri beliau telah merosakkan 4 buah kereta lagi di bilik pameran sebelum memecahkan dinding kaca.

Insiden berlaku pada malam Ahad lalu di Salt Lake City, Utah. Saspek memecahkan pintu kaca bilik pameran dengan seketul batu. Beliau kemudian menemui kereta idaman beliau dengan kunci yang diletakkan di konsol tengah. Eh apa punya bingai taruk kunci dalam kereta walau dalam bilik pameran.
Menurut laporan polis, mamat mabuk tu telah merosakkan empat kereta lain di bilik pameran selain dinding dan pintu kaca dalam usaha melarikan Ferrari tersebut. Kerosakan kereta-kereta tersebut dianggarkan sebanyak USD100,000. Kalau keempat-empat kereta yang dilanggar tu Ferrari rasanya kos tersebut akan lebih tinggi.

Pihak berkuasa tidak menyatakan model Ferrari yang dicuri tetapi dikatakan ianya bernilai sekitar USD600K. Berdasarkan nilai tersebut rasanya model yang dicuri ialah SF90 Stradale ataupun Spider. Betul ke mamat ni mabuk? Dah la kenal Ferrari, tahu pulak dia pilih model yang mahal ya?
Pencuri mabuk itu kemudiannya berjaya ditahan oleh peronda lebuhraya Utah berhampiran Interstate 215 dalam cubaan beliau melarikan diri dengan Ferrari tersebut.
Kalau dah mabuk ni memang jarang tak menyusahkan orang kan?