Artikel Pilihan

CARA TERBAIK UNTUK MENUNJUK KEKAYAAN – TARUK FERRARI F40 ATAS SUPERYACHT

Saban tahun Grand Prix Monaco akan menarik perhatian ramai pengunjung berprofil tinggi sama ada dari golongan selebriti, mult-jutawan dan juga billionair. Berbeza dari perlumbaan di Malaysia yang hanya untuk kaki-kaki permotoran, Monaco GP merupakan medan untuk golongan disebutkan tadi menunjukkan kekayaan mereka.

Tak cukup dengan hypercar dan supercar, perairan Monaco juga akan dipenuhi dengan superyacht milik peribadi golongan tadi. Tapi sebuah superyacht paling menonjol di antara yang lain.

Superyacht tersebut dibawa ke Monaco GP oleh Altr, sebuah syarikat jualan di mana barangan sukar ditemui termasuk kenderaan boleh dibeli. Contohnya sebuah Rolex Daytone 6265/8 yang baru-baru ini dijual dan diceraikan kepada 500 bahagian. Maknanya kalau tak cukup duit, seorang pengumpul boleh beli satu bahagian untuk koleksi. Gila ah. Baik beli G-Shock baru kata seorang ahli aktif bangsa #baikbeli.

Untuk memeriahkan lagi perlumbaan F1 kali ini, Altr berganding dengan pengedar kenderaan mewah dari Itali Car & Car dan memuatnaik sebuah Ferrrari F40 ke atas superyacht mereka. Ia kemudian dibawa belayar sekitar perairan Mediterranean sebelum diletakkan di salah satu marina.

Sudah tentu ia akan menarik perhatian ramai kerana aksi seperti ini belum pernah dilakukan. Tak ada satu pun supercar mewah di dunia ini yang pernah menaiki superyacht seperti F40 ini.

Kalau nak merasa sewa superyacht yang dinaiki oleh F40 ini pun boleh asalkan korang sanggup bayar sewa USD300,000 seminggu (lebih kurang RM1.4juta!). Takkan rasa mahal kot? Kata tokey kosmetik untung jota-jota. Ada koleksi Ford MLM, banglo gaya Hindustan dan follower 8 billion. Takkan tak mampu?

Google ads
Back to top button