Buletin

FERRARI F40 RARE TERBAKAR KETIKA DIPANDU DI JEPUN

Jentera Ferrari F40 rare yang sedang dipandu terbakar dan musnah di Hakone Turnpike, Jepun pada Sabtu lalu.

Ketika kejadian, pasangan yang berada di dalam supercar terbabit menyedari terdapat asap keluar dari ruangan enjin.

Mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum jentera F40 itu musnah dijilat api.

Melalui rakaman viral di media sosial, anggota bomba tiba di lokasi kejadian ketika Ferrari terbabit masih terbakar.

Bagaimanapun, api yang marak dengan pantas menyukarkan ia diselamatkan pihak berkuasa.

Pemandu dan penumpang jentera berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mungkin pemilik jentera terasa sakit di dalam hati apabila melihat jentera rare musnah sepenuhnya.

Jentera F40 mula diperkenalkan pada tahun 1987 sebagai pengganti model 288 GTO.

Ia hanya dibangunkan sebanyak 1,315 unit sahaja di seluruh dunia.

Ferrari F40 mendapat khidmat enjin V8 2.9-lite turbocharged berkembar yang mampu menjana kuasa mencecah 471hp pada 7,000 rpm dan tork 577 Nm pada 4,000 rpm dipadankan transmisi manual 5 kelajuan dan pacuan roda belakang. – carscoops.

Google ads
Back to top button