Artikel Pilihan

LELAKI FLORIDA TUKAR BELI FERRARI F40 DENGAN INEOS GRENADIER – TUKAR BELI PALING RARE

Sistem tukar beli atau pun trade in memang perkara biasa dalam urusan jual beli kenderaan. Biasanya ia melibatkan kenderaan yang bernilai lebih rendah ataupun setara untuk sebuah model baharu. Tapi apa yang berlaku di sebuah bilik pameran di Florida mungkin merupakan tukar beli terhebat abad ini. Ia melibatkan sebuah Ferrari F40 untuk sebuah Ineos Grenadier dan sekeping cek.

Urusniaga ini berlangsung di bilik pameran Ineos, Florida. Jurucakap Ineos Automotive mengesahkan yang seorang pemilik F40 masuk ke bilik pameran mereka dan menyatakan hasrat untuk memiliki SUV secara tukar beli. Jurujual ketika out menyangka ia sebuah adegan prank kemudian memaklumkan kepada bos beliau.

Terkejut dengan perkara tersebut, bos bilik pameran mengarahkan jurujual beliau menerima tawaran tersebut dan segera mengeluarkan cek bernilai USD2.4 untuk baki bayaran urusniaga tersebut. Ferrari F40 tersebut dilaporkan dijual pada keesokan harinya dengan nilai USD2.5 juta. Senang-senang je buat untung USD100K.

Sayangnya maklumat lanjut urusan dan pemilik asal F40 tersebut tidak dinyatakan. Cuma laporan Newsweek menyatakan SUV tersebut akan digunakan di ladang beliau. Tapi yang musykilnya kenapa kena tukar beli dengan Ferrari F40? Adakah beliau dalam kesempitan atau pun sudah tidak mampu untuk mengedalikan kuasa analog F40? Kami pun tak tahu tapi apa-apa pun kisah ini bakal menjadi lagenda.

Nantikan satu hari nanti mungkin ada yang bakal tukar beli Ferrari F80 dengan Alza vtectec Abang Japar. Mana tahu kan?

Google ads
Back to top button