
LITHIUM MANGANESE IRON PHOSPHATE MANGANESE, TAHAN 2 JUTA KILOMETER
Pengeluar bateri dari China iaitu Gotion High-Tech mengumumkan yang bateri baru untuk kereta elektrik dihasilkan oleh mereka pada tahun 2024 membolehkan kereta elektrik dipandu sejauh 1000km untuk satu pengecasan penuh dan boleh bertahan sejauh 2 juta kilometer sebelum merosot
Bateri Lithium Manganese Iron Phosphate atau singkatannya LMFP ini boleh dicah 4000 kali pada sihu bilik, 1800 kali pada suhu yang tinggi dan bertahan 1500 kali untuk DC Fast Charging . Bateri ini juga berupaya menyimpan sehingga 240Wh/kg bagi setiap sel bagi membolehkannya dipandu 1000km sekali caj
Angka ini sudah melebihi pek bateri Nickel Cobalt Manganese 190Wh/kg pada ketika ini. Salah satu teknologi yang diperkenalkan oleh Gotion ialah proses pemecahan Manganese pada suhu tinggi dan kadar pengaliran elektrik yang rendah dengan teknologi granulasi dan elektrolit yang baru
Pek bateri Astroinno ini menggunakan teknik pemasangan bateri sandwich dengan dilapisi 2 lapisan cecair penyejuk, mengurangkan isipadu bateri sebanyak 45% dan berat keseluruhan sel sebanyak 32%. Rekaan pendawaian pula diubah menjadi ringkas, mengurangkan sistem pendawaian daripada 303 meter kepada 80 meter sahaja

