BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

CARLOS GHOSN BEBAS DENGAN IKAT JAMIN, DITAHAN SEJAK NOV ’18

SHARE

Setelah ditahan sejak November 2018 dengan dua kali permohonan ikat jamin ditolak, mahkamah Tokyo membebaskan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Carlos Ghosn dengan ikat jamin, lapor BBC.

Mahkamah pada 5 Mac 2019 menetapkan nilai ikat jamin berjumlah JPY 1 bilion  (RM 3.647 juta) dan media Jepun melaporkan Carlos Ghosn bakal dibebaskan seawal hari Selasa.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Carlos Ghosn  yang berusia 64 tahun telah didakwa di mahkamah Tokyo dengan salah saku kewangan dan pecah amanah yang dinafikan oleh beliau.

Beliau telah menyanggah dakwaan tersebut dengan panjang lebar pada awal Januari 2019.

Satu perkara menarik ialah Carlos Ghosn kini diwakili pasukan peguam baharu yang dilantik pada Februari lalu.

Permohonan ikat jamin baharu dibuat oleh ketua pasukan pembelaan yang diketuai oleh Junichiro Hironaka.

Beliau dikenali sebagai the Razor dan mempunyai reputasi memenangi banyak kes sukar di Jepun.

Walaupun mahkamah telah membebaskan dengan ikat jamin, pendakwa raya akan membuat rayuan mengenai keputusan tersebut.

Keputusan ikat jamin Carlos turut berserta syarat beliau perlu kekal di Jepun dan diletakkan di bawah pengawasan video.

Menurut BBC lagi, ikat jamin jarang dibenarkan di Jepun tanpa pengakuan dan penahanan Carlos telah menerima banyak kritikan.

Selepas disingkirkan daripada Nissan dan Mitsubishi, Carlos meletakkan jawatan di Renault pada Januari 2019.

Sumber: BBC

Tags
Google ads
Back to top button