Artikel PilihanBuletin

NAMA PROTON X50 SAH DIDAFTARKAN

Semalam, rakan media kami carlist memuatnaik status nama X50 yang telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Mereka melampirkan salinan pendaftaran asal yang dikeluarkan oleh badan tersebut.

Proton, menerusi ibu pejabatnya telah medaftarkan tanda niaga (trademark) X50 dalam kelas 12 – Kelas untuk kenderaan.

Ia menandakan hampir pasti nama ini yang akan digunakan pada SUV kedua Proton, khabarnya akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Unit ujian X50 yang diasaskan dari model Geely BIn Yue sedang giat menjalani ujian di jalanan dan sudah beberapa kali kami memuatnaik laporan dari pembaca dan juga mereka yang melihat unit ini di jalanraya tempatan.

Proton sedang agresif menguji dan membuat penyesuaian terhadap model SUV kedua mereka yang dikatakan akan dikenali sebagai “X50”. Selepas melancarkan X70 pada Disember lepas, Proton akan menampilkan sebuah lagi SUV dari Geely menerusi model Binyue SX11.

Selain rekaannya yang kompak, Binyue digerakkan oleh rangkaian kuasa yang canggih. Di China, SUV itu didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 turbo (dibangunkan bersama Volvo) dan 1.0 liter turbo.

Sudah pasti enjin 1.5 turbo yang mampu menjana kuasa 174hp dan tork 255Nm itu lebih menarik. Ini kerana ia dipadankan dengan transmisi klac berkembar automatik yang membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.9 saat. Penggunaan bahan api pula sekitar 6.1l/100km.

Enjin 1,0 liter juga tiada kurang menarik. Namun di China, enjin berkuasa 136PS dan tork 305Nm ini bagaimanapun hanya dipadankan dengan kotak gear manual. Sedia maklum bahawa transmisi manual sudah hampir tiada pasaran untuk kereta penumpang baharu di Malaysia.

Geely menjadikan Binyue semakin menarik menerusi pelbagai ciri canggih di ruang kabin. Antaranya ialah ekosistem pintar Geely GKUI generasi terkini Geely Auto. Sistem tersebut membolehkan pemandu memberi arahan suara, selain membuatkan mereka sentiasa terhubung dengan dunia luar.

Inilah segmen SUV yang paling mendapat perhatian pengguna kerana harganya lebih murah, kompak dan sesuai untuk kegunaan di bandar.

Sebagai perbandingan, Binyue dijual pada harga bermula RM45,000 hingga RM71,000 di China.

KREDIT: CARLIST.MY

GALERI

Google ads
Back to top button