Advertorial

CHERY TIGGO 7 PHEV: GAYA HIDUP MODEN BERTEMU TEKNOLOGI SUPER HYBRID

Dalam dunia yang semakin pantas dan mencabar, pengguna hari ini mahukan sebuah kenderaan yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga pintar, efisien dan selamat. 

Peralihan ke arah mobiliti tenaga baharu di Malaysia kini semakin jelas dan di tengah-tengah perubahan ini, teknologi Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) muncul sebagai pilihan paling praktikal untuk gaya hidup moden.

Menyedari keperluan ini, Chery Malaysia memperkenalkan TIGGO 7 PHEV, sebuah SUV plug-in hibrid yang dibangunkan berasaskan Chery Super Hybrid (CSH) iaitu teknologi generasi baharu yang direka untuk memudahkan kehidupan seharian tanpa menjejaskan keselesaan atau prestasi.

PHEV: Keseimbangan Pintar untuk Kehidupan Harian

Bagi kebanyakan pengguna, kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya mungkin masih menimbulkan kebimbangan, terutama dari segi jarak dan kemudahan pengecasan. Di sinilah PHEV memainkan peranan penting. 

Dengan kemampuan untuk dipandu sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik bagi jarak tertentu, serta sokongan enjin petrol untuk perjalanan lebih jauh, teknologi PHEV menawarkan fleksibiliti yang sesuai dengan rutin harian dan perancangan hujung minggu.

Untuk pemanduan bandar, TIGGO 7 PHEV membolehkan perjalanan yang senyap dan bebas emisi menggunakan tenaga elektrik. Apabila diperlukan, sistem hibrid akan berfungsi secara automatik dan memastikan perjalanan jarak jauh kekal lancar dan tanpa kebimbangan. Pendekatan ini menjadikan PHEV satu pilihan realistik bagi mereka yang mahukan pengalaman elektrifikasi tanpa mengubah gaya hidup sedia ada.

Chery Super Hybrid: Teknologi yang Bekerja di Sebalik Tabir

Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih istimewa ialah Chery Super Hybrid (CSH). Dibangunkan hasil lebih dua dekad kepakaran Chery dalam teknologi tenaga bersih, CSH menggabungkan kecekapan tenaga, prestasi dan kecerdasan sistem dalam satu platform.

Melalui pengurusan tenaga yang pintar, TIGGO 7 PHEV sentiasa menyesuaikan mod pemanduan mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan. Sama ada ketika bergerak perlahan dalam kesesakan bandar atau memecut di lebuh raya. Proses peralihan antara kuasa elektrik dan petrol berlaku dengan lancar dan hampir tidak disedari, menjadikan setiap perjalanan lebih relaks dan meyakinkan.

Keselamatan: Keyakinan dalam Setiap Perjalanan

Bagi kenderaan keluarga moden, keselamatan bukan sekadar ciri tambahan tetapi satu keutamaan yang mustahak. TIGGO 7 PHEV dibina dengan pendekatan perlindungan menyeluruh yang bermula dari struktur platform yang kukuh, sistem elektrik sehinggalah kepada teknologi bantuan pemandu.

Sistem baterinya dilengkapi Guardian Battery Safety System yang direka khusus untuk bertahan dalam pelbagai situasi dunia sebenar termasuklah cabaran cuaca ekstrem dan keadaan jalan yang mencabar. Bateri ini juga telah menjalani ujian keselamatan global yang ketat, membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaannya dalam jangka masa yang panjang.

Selain itu, ciri Advanced Driver Assistance System (ADAS) turur membantu mengurangkan risiko ketika pemanduan harian sama ada di jalan bandar yang sibuk atau lebuh raya. Kehadiran teknologi ini memberikan ketenangan minda, bukan sahaja kepada pemandu, malah kepada seluruh keluarga.

Jarak Pemanduan: Lebih Jauh, Lebih Bebas

Salah satu kelebihan utama TIGGO 7 PHEV ialah kebebasan jarak pemanduan yang ditawarkannya. Dengan keupayaan pemanduan elektrik untuk kegunaan harian dan jarak gabungan sehingga 1,200 kilometer, SUV ini membolehkan pengguna bergerak lebih jauh tanpa perlu kerap memikirkan pengecasan atau pengisian bahan api.

Ini bermakna perjalanan ulang-alik, urusan harian, dan percutian hujung minggu boleh dilakukan dengan lebih spontan tanpa perlu memikirkan liputan sistem pengecasan. Sama ada memandu ke tempat kerja setiap hari atau merancang perjalanan luar bandar, TIGGO 7 PHEV memberikan keyakinan untuk terus bergerak tanpa batasan.

Keselesaan: Ruang Peribadi yang Menenangkan

Rekaan ruang kabin TIGGO 7 PHEV pula dicipta sebagai ruang peribadi yang tenang dan intuitif. Reka bentuk dalaman yang moden digabungkan dengan teknologi pintar untuk memastikan setiap sentuhan dan paparan terasa premium dan mudah digunakan.

Paparan digital yang luas, sistem hiburan yang responsif serta pencahayaan lembut kabin yang boleh disesuaikan membantu mewujudkan suasana yang selesa, sama ada untuk pemanduan singkat atau perjalanan jauh. Tempat duduk yang direka dengan teliti pula memastikan keselesaan berterusan, walaupun selepas berjam-jam di jalan raya.

SUV Pintar untuk Gaya Hidup Masa Kini

Chery TIGGO 7 PHEV mewakili generasi baharu SUV yang memahami keperluan kehidupan pengguna yang moden dan sofistikated yang memerlukan SUV yang cekap tenaga, selamat dan selesa, tanpa mengorbankan gaya atau praktikaliti.

Dengan sokongan Chery Super Hybrid, ia menawarkan pendekatan seimbang kepada elektrifikasi, sesuai untuk mereka yang mahukan perubahan positif kepada alam sekitar dan peningkatan kemajuan diri tanpa kompromi.

Sebagai sebahagian daripada visi Chery untuk “Empower Every Journey”, TIGGO 7 PHEV membuktikan bahawa teknologi masa depan bukan sekadar tentang inovasi, tetapi bagaimana ia menjadikan kehidupan seharian lebih mudah, lebih tenang dan lebih bermakna.

Google ads
Back to top button