Artikel Pilihan

CHEVROELT BOLT – EV KOMPAK KACUK AMERIKA-KOREA

Selain daripada SUV / Crossover, harus diakui pasaran EV juga adalah antara pasaran penting bagi jangka masa panjang buat mana-mana pengeluar. Rasanya macam tak lengkap katalog Sang Jurujual seandainya tiada EV untuk ditawarkan kepada pengguna. Dan Chevrolet sendiri beberapa EV sebagai pilihan kepada pengguna. Salah satunya adalah Chevrolet Bolt, EV kompak.

BACA : SEBUAH NISSAN LEAF TERJUAL SETIAP 10 MINIT DI EROPAH. KERETA ELEKTRIK PALING BERJAYA

BACA : SUV ELEKTRIK KIA INI MAMPU BERGERAK 450 KM DENGAN CAJ PENUH!

Barangkali ada yang terkeliru dengan nama Bolt dan Volt. Tapi jangan terkeliru, Chevrolet Volt sebenarnya adalah sedan hybrid. Kalau hendak diikutkan, Chevrolet Bolt ini boleh adalah model baharu dalam senarai rangkaian produk mereka. Dan menariknya, ianya turut menjalani proses rebadge-nisasi, (mak ai, teruk sangat penggunaan bahasa. Mohon jangan DBP kecam sudah) lalu dijelmakan semula sebagai Opel Ampera-e dan Vauxhall Ampera-e.

Jelas rekaan kompak ini kelihatan tidak terlalu futuristik seperti mana-mana rekaan EV yang ada. Rekaannya punya gaya K-Pop dan juga Eropah. Oh ya, untuk makluman, sistem hiburan, panel dalaman serta perkakasan baterinya direka di Incheon manakala pemasangan akhirnya di Michigan. Model baharu ini telah direka oleh sekumpulan tenaga kerja GM yang berpusat di Korea sendiri tanpa berkongsi platform dengan mana-mana model seperti Chevrolet Sonic.

Menariknya tentang model kompak ini, ianya mempunyai jarak perbatuan yang boleh tahan jauh juga, sehingga 383km. Terima kasih kepada elektrik motor yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 200hp (150kW) sambil dibantu oleh bateri 60 kWh lithium.

Ruangan kabin Bolt ini pula menampilkan tona dwi warna gelap dan terang yang jelas menguasai tempat duduk dan juga papan pemuka. Manakala panel lengkap instrumennya akan bertindak untuk memaparkan beberapa maklumat penting terutamanya kadar kesihatan bateri kereta. Sistem hiburan terbina dalamnya pula akan memaparkan dengan lebih lengkap keadaan bateri serta mempunyai jalur lebar 4G. Senang sikit nak login FB atau pun layan YouTube Kids.

Dengan aras hargannya diletakkan pada $ $37,495 (RM xxxx), barangkali ianya dianggap mahal untuk kereta sekompak ini. Tapi harus diingat, permintaannya di pasaran Amerika secara khususnya dan global umumnya boleh tahan banyak juga, sehinggakan produksi kilangnya telah dipertingkatkan sehingga 20% daripada kapasiti asal. Dijangkakan, model ini bakal terjual melebihi sehingga 200,000 unit sedikit masa lagi.

Boleh saing dengan Nissan Leaf juga rupanya si Chevrolet Bolt ni kan?

 

 

Google ads

B K

Back to top button