
KEMALANGAN KENDERAAN ELEKTRIK, TELAN KOS LEBIH MAHAL
Syarikat insurans AXA di Perancis telah mengkaji penyebab kemalangan melibatkan kenderaan elektrik, pada ujian kemalangan 2022, di Zurich, Switzerland.
Kemalangan melibatkan kenderaan elektrik bukan saja merbahaya kepada penghuni kereta, bahkan ia menelan kos yang tinggi kerana EV dipenuhi dengan teknologi dan alat ganti yang mahal.
Meskipun EV menampilkan teknologi terkini, namun terdapat kelemahan pada reka bentuk EV iaitu meletakkan bateri pada bahagian bawah kereta. Ia menyebabkan bahaya seperti kebakaran dan kerosakan sering terjadi. Secara statistik, lima daripada 10,000 kenderaan menjadi mangsa kebakaran.

Selain itu, tork motor elektrik yang tinggi kadangkala menyebabkan hilang kawalan seterusnya berlaku kemalangan.
“Kebanyakan kereta elektrik, terutamanya yang berkuasa, mempunyai tork yang sangat tinggi, yang dapat dilihat serta-merta apabila anda memijak pedal kuasa,” kata ketua penyelidikan kemalangan di AXA Switzerland, Michael Pfaffli. “Ini boleh mengakibatkan pecutan yang tidak diingini dan tersentak lalu tidak dapat dikawal lagi oleh pemandu.”
Kenderaan elektrik lebih berat berbanding kereta enjin pembakaran dan itu bukanlah sebuah ciri khas EV, kerana pek bateri yang berat menjadikan purata berat semakin bertambah.
AXA mengesyorkan kepada pemandu untuk mengambil kira faktor tersebut dalam pemilihan kereta mahu pun dalam pemanduan.
- BACA: KALAU TAK MAHU KERETA TERBAKAR, JANGAN TINGGALKAN PENSANITASI TANGAN KETIKA CUACA PANAS
- BACA: KAPAL TERBAKAR BAWA KERETA KUMPULAN VW AKHIRNYA KARAM DI LAUTAN ATLANTIK
- BACA: HANYA 3 KENDERAAN LULUS UJIAN KEMALANGAN SISI IIHS YANG BARU
- BACA: MENANG MITSUBISHI LANCER EVO IX FQ-320 TAPI 24 JAM DAH HANCUR