Artikel Pilihan

SKODA ENYAQ SPORTLINE iV – INI BARULAH SUV KENDERAAN ELEKTRIK YANG BERGAYA

Sebut pasal EV (kenderaan elektrik), otak dan pemikiran kita pernah dijajah bahawasanya rekaannya kadangkala melangkaui batas akal fikiran kita tentang bagaimana rupa sesebuah kenderaan itu harus dicipta. Cuba lihat Prius dan Insight model generasi pertama. Jenuh nak mengurut dada menahan sabar. Tapi itu dahulu. Rekaan kebanyakkan kenderaan elektrik kini lebih lebih menarik dan moden dalam masa yang sama.

Skoda, pembuat dari Republik Czech yang sejak akhir akhir ini agak aktif dengan pengenalan model SUV turut tidak terkecuali untuk menawarkan model kenderaan elektrik kepada pembeli. Kini mereka menawarkan Skoda Enyaq Sportline iV, sebuah model SUV elektrik sepenuhnya buat pertama kalinya dalam katalog mereka.

Melihatkan daripada pandangan hadapan Skoda Enyaq Sportline iV ini tidak sukar untuk membuatkan bakal pemiliknya jatuh hati. Entah mengapa pandangan mata BK ini mengatakan bahawasanya ianya adalah sebuah model SUV buatan Jerman. Iras dan bayangan Skoda seakan lenyap. Terima kasih kepada rekaan gril yang mempunyai bilah berwana hitam kilat bersusun di bahagian dalamnya yang kelihatan seakan model buatan dari Jerman.

Bagi menerangi pemanduan malam hari, SUV ini dilengkapi dengan lampu utama LED Matrix sepenuhnya. Walaupun ianya ditakrifkan sebagai model SUV, namun ketinggiannya tidaklah keterlaluan sampai nak kena pasang escalator bagai. Malah penggunaan rim bersaiz 20 inci juga tidak membuatkan ianya kelihatan ‘jinjang’. Sesedap mata memandang. Dan tahukah juga bahawasanya tayar yang membaluti rim tersebut dilengkapi dengan teknologi tampalan sendiri yang mana, sekiranya terkena paku kecil ataupun mana mana benda tajam menembusi ianya tidak memerlukan sebarang penukaran tayar gantian secara serta merta.

Bahagiann ruangan kabin juga kelihatan mewah dan sporty. Tempat duduk bucket yang dibalut mewah upholsteri serta dilengkapi dengan ciri pemanasan. Dan untuk memudahkan pemanduan, head-up display bersaiz 5.3 inci turut tersedia untuk paparan pemandu. Skrin infohiburan bersaiz 13 inci turut berupaya menjadi sistem navigasi penting buat pemandu sekiranya perlu.

SUV elektrik ini dengan sekali caj penuh berupaya membawa pemandu dan penumpang berjalan sejauh 333 batu (535 km) jaraknya. Cukup jauh sebenarnya untuk pulang ke kampung halaman tercinta. Itu pun kalau tak ada PKP lah. Terima kasih kepada pek bateri 83kWh dan juga dua unit motor elektrik di hadapan dan belakang. Gabungan kedua ini mampu menghasilkan kuasa tujahan sekitar 425 Nm. Dan ianya mampu mencapai had kelajuan maksimum 160 km/j. Boleh tahan laju.

Dan tahukah juga bahawa, Skoda Enyaq Sportline iV telah diberikan penarafan 5 Bintang Euro NCAP. Maka sudah tentulah segala ciri keselamatan canggih tersedia disamping sembilan beg udara untuk melindungi pemandu dan juga penumpang kelak.

Kini model yang SUV elektrik yang sangat menawan ini boleh ditempah pada harga bermula £31,995 hingga £42,900 (RM186,077 – RM249,499).

BACA : SKODA KODIAQ RS. ORAIT KE TAK SUV JENAMA REPUBLIK CZECH NI SEBENARNYA?

BACA : ŠKODA SUPERB SCOUT BAHARU – WAGON KE CROSSOVER NI?

Google ads

B K

Back to top button