Motosikal

PATAH TULANG SELANGKA, PRESTASI DANI PEDROSA SEBAGAI PENUNGGANG UJI JENTERA KTM TERJEJAS

SHARE

Permulaan kerjaya Dani Pedrosa sebagai seorang penunggang uji untuk pasukan KTM nampaknya tidak berlangsung dengan baik.

Sebabnya,  beliau baru sahaja terlibat dalam kemalangan kecil yang menyebabkan tulang selangkanya patah. Kecederaan itu memerlukan Pedrosa untuk menjalani pembedahan dan tempoh pemulihan yang panjang sebelum boleh kembali beraksi. 

Ini bukanlah kali pertama pelumba dari Sepanyol itu patah tulang selangka. Bahagian kanan tulangnya memang cukup lemah selepas patah dua kali sebelum ini dan pernah menjalani pembedahan untuk memasukkan plat.

Situasi itu menyebabkan tulang selangka Pedrosa mengalami keadaan yang dikenali sebagai sclerotic lesion. Maksudnya, pertumbuhan tulang yang terlibat menjadi sangat perlahan.

Kekurangan aliran darah ke tulang tersebut membuatkan beliau mengalami osteoporosis, seterusnya melemahkan tulang. Tulang itu cukup lemah sehinggakan ia boleh patah begitu sahaja tanpa impak fizikal yang kuat.

Bagi mengelakkan insiden sama berulang, doktor menasihatnya agar menjalani rawatan sel stem untuk membantu mempercepatkan pertumbuhan dan menguatkan tulang. 

Tempoh rawatan yang panjang bermakna Pedrosa akan terlepas program KTM untuk tahun pertama. Beliau hanya akan mula beraksi apabila pulih sepenuhnya. 

Pedrosa dijadual mengambil bagagian dalam sesi ujian MotoGP di Litar Sepang bulan depan. Mujur beliau sudah dapat membantu KTM dengan menunggang uji jentera ujian mereka pada Disember lalu.

Tags
Google ads
Back to top button