
“MASIH TERLALU AWAL UNTUK HILUX VERSI ELEKTRIK” – TOYOTA
Toyota kini bercadang untuk menghasilkan Hilux versi bateri elektrik dan berpegang teguh terhadap kepercayaannya bahawa menawarkan pelbagai jenis rangkaian kuasa adalah cara terbaik terus maju ke hadapan.
Hilux adalah salah satu trak pikap terlaris di dunia tetapi pembuat kereta itu setakat ini gagal memperkenalkan versi elektrik, walaupun semakin banyak trak hibrid atau elektrik sepenuhnya memasuki pasaran.
Ia baru-baru ini memperkenalkan Hilux Hibrid dengan sistem hibrid ringan 48 volt dan tahun lepas, mempamerkan prototaip Hilux yang dijanakan oleh hidrogen.

Selain itu, Toyota juga sempat memperagakan Konsep Hilux BEV elektrik di Thailand.
Top Gear baru-baru ini berpeluang bercakap dengan bos bahagian kenderaan komersial ringan Toyota Motor Europe, Emmanuel Beaune, dan bertanya kepadanya tentang kemungkinan Hilux elektrik memasuki pasaran.
“Ia benar-benar sebahagian daripada pendekatan kami, untuk mempunyai rangkaian kuasa dan penyelesaian yang berbeza,” katanya.
“Jadi, masih terlalu awal untuk mengulas mengenai Hilux elektrik hari ini. Terdapat beberapa faktor perlu diambil kira.”
Beaune menambah bahawa Toyota Motor Europe sedang bekerjasama dengan pengeluar kereta di Jepun mengenai BEV.
- BACA: TOYOTA HILUX CHAMP DILANCAR DI THAILAND, ENJIN SEKECIL 2.0L PETROL, DARIPADA RM61 RIBU!
- BACA: PIKAP BYD BAKAL CABAR HILUX, RANGER & D-MAX DI AUSTRALIA.
- BACA: TOYOTA HILUX 2024 TERIMA KEMAS KINI – KAMERA PANORAMIC VIEW DIDATANGKAN SEBAGAI STANDARD, PILIHAN WARNA BAHARU
- BACA: TOYOTA HILUX GR SPORT, TRAK PIKAP TERPALING SUKAN









