Buletin

COLEMAN BUKA GEDUNG KONSEP PERTAMA DI MALAYSIA

Coleman Brands Pty Ltd (Coleman), jenama produk rekreasi luar yang dipercayai sejak 1901, telah membuka gedung konsep runcitnya yang pertama di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Coleman-concept-shop-Sunway-Pyramid-mekanika (13)

Gedung runcit utama seluas 956 kaki persegi ini dimiliki dan dikendalikan oleh FM Retail Management Sdn. Bhd.  FM Retail Management dan Momentum Strike Sdn. Bhd., pengedar eksklusif baru bagi produk Coleman® di Malaysia, adalah anak syarikat Wah Kong Corporation Sdn. Bhd.

Gedung Konsep Runcit Coleman baru ini mempamerkan lebih 500 jenis produk rekreasi luar di bawah jenama Coleman®, termasuk Campingaz®, Stearns® dan Sevylor®.  Produk gaya hidup terkini yang terpilih dan dibuat eksklusif untuk pasaran Jepun juga boleh didapati buat pertama kalinya di pasaran Malaysia.

Coleman-concept-shop-Sunway-Pyramid-mekanika (2)

Pembukaan gedung pertama Coleman di Malaysia itu dirasmikan oleh Naib Presiden Operasi – Coleman Asia Pacific, Shunji Ohashi; Cik Jaime Lau, Pengurus Besar – Asia Tenggara, Coleman Brands; Encik PY Choy, Ketua Pegawai Eksekutif, Wah Kong Corporation; Encik Tony Lee, Pengarah Eksekutif, Momentum Strike; dan pengacara rancangan kembara yang juga Duta Jenama Coleman di Asia Tenggara, Henry Golding.

“Selepas 26 tahun bertapak di sini, ini adalah satu langkah ke hadapan yang bersejarah bagi Coleman di Malaysia.  Dipacu oleh pengedar eksklusif baru dan pelancaran pelbagai rangkaian produk baru yang menarik, kami merancang untuk membuka gedung kedua di Lembah Klang pada suku kedua tahun ini,” kata Ohashi.

Coleman-concept-shop-Sunway-Pyramid-mekanika (1)

Sempena dengan pembukaan gedung baru ini, Coleman dianjurkan menganjurkan ‘Own the Weekend’ selama tiga hari di Blue Concourse Sunway Pyramid.  Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan untuk membolehkan orang ramai mengalami dan mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai produk rekreasi luar Coleman®.

Antaranya, cabaran menyediakan tapak khemah dalam masa 5 minit yang menawarkan set lengkap peralatan khemah Coleman®  bernilai RM6,000 sebagai hadiah utama! Selain mencari harta karun menggunakan kelengkapan serba guna Coleman® Outdoor Wagon dan Coleman® Cooler Box Jenga.

Coleman-concept-shop-Sunway-Pyramid-mekanika (14)

Bagaimanapun, aktiviti paling digemari pastinya membuat aiskrim menggunakan jag pendingin Coleman®, sambil diiringi oleh kumpulan pemain gendang peti pendingin yang membuat persembahan secara langsung sepanjang acara 3 hari tersebut.

Acara kemuncak hari pertama adalah persembahan secara ‘langsung’ lagu tema Coleman ‘Own The Weekend’ yang diperdengarkan secara rasmi buat pertama kalinya kepada orang ramai oleh GTXperiment.

Coleman-concept-shop-Sunway-Pyramid-mekanika (8)

Video muzik 360º eksklusif GTXperiment, yang dipercayai video muzik Bahasa Inggeris pertama seperti itu dalam kategorinya di Malaysia, juga disediakan untuk tontonan orang ramai dengan menggunakan kaca mata Virtual Reality (VR) khas.

“Kami berharap dapat membawa jenama Coleman ke tahap lebih tinggi di Malaysia. Kami juga ingin menarik minat golongan muda dengan memastikan produk boleh dibeli secara dalam talian,” kata PY Choy dari Wah Kong Corporation.

Coleman-concept-shop-Sunway-Pyramid-mekanika (6)

Pelbagai acara menarik dan menyeronokkan telah diatur sepanjang tahun ini, yang antara lain termasuk “glamping” (perkhemahan glamor) bersama haiwan kesayangan yang julung kali diadakan serta parti di atas bumbung.

Maklumat lanjut tentang Coleman, sila layari laman web: www.coleman.com.my

Google ads
Back to top button