Buletin

MAZDA CX5 GENERASI KETIGA DILANCARKAN – HARGA MULA RM169K

BERMAZ Motor secara rasmi memperkenalkan Mazda CX-5 Serba Baharu, model generasi ketiga yang meneruskan legasi SUV popular Mazda sejak diperkenalkan pada tahun 2012.

Dengan jualan global melebihi lima juta unit, CX-5 kekal sebagai antara model terpenting jenama itu, terkenal dengan gabungan reka bentuk Kodo, teknologi SkyActiv serta pengalaman pemanduan yang menitikberatkan hubungan antara pemandu dan kenderaan.

Bagi generasi terbaharu ini, Mazda mengekalkan identiti reka bentuk yang dikenali ramai, namun dengan penampilan yang lebih tegap dan moden.

Dimensi yang lebih besar, jarak roda dipanjangkan serta profil badan lebih lebar memberikan imej SUV yang lebih kukuh di atas jalan raya.

Bahagian hadapan menerima pembaharuan menerusi lampu utama baharu, gril Signature Wing yang direka semula serta bukaan bampar lebih luas untuk menonjolkan karakter premium dan dinamik. Di belakang pula, grafik lampu LED baharu bersama tulisan MAZDA menggantikan logo konvensional bagi menghasilkan penampilan yang lebih moden.

Di ruang kabin, Mazda menampilkan konsep minimalis berinspirasikan falsafah Jepun ‘Ma’, yang menekankan keseimbangan ruang dan keselesaan.

Jarak roda yang lebih panjang membolehkan ruang dalaman diperluaskan, khususnya untuk penumpang belakang, selain ruang kargo yang kini lebih praktikal untuk kegunaan harian keluarga.

Spesifikasi Utama Mazda CX-5 Serba Baharu

Dimensi & Rekaan

  • Jarak roda lebih panjang berbanding model terdahulu
  • Lebar badan belakang bertambah 15mm
  • Trek tayar lebih lebar untuk kestabilan lebih baik
  • Rim aloi 19-inci rekaan baharu
  • Lampu LED hadapan dan belakang generasi terkini
  • Tulisan MAZDA pada pintu belakang

Ruang Kabin

  • Paparan sentuh 12.9-inci
  • Kluster instrumen digital 10.25-inci
  • Apple CarPlay tanpa wayar
  • Android Auto tanpa wayar
  • Pengecas telefon tanpa wayar Qi
  • Port USB-C
  • Sistem audio BOSE 12 pembesar suara
  • Lampu ambien tujuh pilihan warna
  • Monitor Pandangan 360 Darjah dengan fungsi See Through View

Keselesaan

  • Ruang lutut belakang bertambah 64mm
  • Ruang kepala belakang bertambah 29mm
  • Bukaan pintu belakang lebih luas sebanyak 70mm
  • Ruang kargo dipanjangkan kira-kira 45mm
  • Tempat duduk hadapan rekaan ergonomik baharu
  • Perehat tangan lebih panjang

Enjin & Prestasi

  • Enjin SkyActiv-G 2.5 liter empat silinder aspirasi semula jadi
  • Kuasa maksimum 185hp
  • Tork maksimum 257Nm
  • Transmisi automatik enam kelajuan
  • Sistem G-Vectoring Control Plus (GVC Plus)
  • Struktur badan keluli tegangan tinggi dipertingkatkan
  • Sistem suspensi baharu untuk keselesaan lebih baik

Keselamatan

  • Adaptive LED Headlights (ALH)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Front Cross Traffic Alert (FCTA)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)
  • Lane Keep Assist System (LAS)
  • Driver Attention Alert (DAA)
  • Driver Monitoring (DM)
  • Smart Brake Support (SBS)
  • Emergency Lane Keeping (ELK)
  • Mazda Radar Cruise Control (MRCC)
  • Cruising & Traffic Support (CTS)

Dari sudut keselamatan, Mazda CX-5 Serba Baharu turut menerima pengiktirafan IIHS Top Safety Pick+ 2026 di Amerika Syarikat, membuktikan tahap perlindungan yang tinggi menerusi gabungan struktur badan yang kukuh dan teknologi bantuan pemandu i-Activsense.

Mazda turut memperkenalkan pilihan warna baharu seperti Navy Blue dan Aero Gray, selain warna sedia ada;

  • Rhodium White
  • Soul Red Crystal
  • Machine Gray
  • Jet Black

Didatangkan sepenuhnya sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari Hiroshima, Jepun, Mazda CX-5 Serba Baharu ditawarkan pada harga bermula RM169,900.

Setiap pembelian disertakan dengan waranti pengeluar selama lima tahun serta program penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau 100,000 km, yang meliputi kos alat ganti, buruh dan pelincir mengikut syarat ditetapkan Mazda Malaysia.

GALERI:

Google ads
Back to top button