
INI APA KAMI TAHU TENTANG TRIUMPH STREET TRIPLE 798 SERBA BAHARU
Baru-baru ini Triumph Motorcycles telah pun memperkenalkan Bonneville T40 dan T40 Black secara rasmi untuk pasaran global. Model terbaru dari keluarga 400cc itu akan mula masuk pasaran dunia pada 2027.
Bagaimanapun, di samping pelancaran ‘baby Bonneville’ itu, Triumph turut mendedahkan Street Triple 798 terbaru yang akan dilancarkan pada 17 November nanti.
Meskipun spesifikasi sebenar belum didedahkan namun Triumph memaklumkan bahawa Street Triple 798 itu akan menggantikan Street Triple 765. Menariknya, platform baharu itu dibangunkan khas untuk kejuaraan dunia Moto2 musim 2027.

Triumph turut mengesahkan bahawa Street Triple 798 akan menjadi jentera naked lebih memfokuskan prestasi berbanding model 765.
Melihat kepada gambar dikongsikan, jelas bukan setakat enjin malah Street Triple 798 turut tampil dengan kerangka dan swingarm serba baharu.
Rekaan keseluruhan juga berbeza dengan lampu ikonik hadapan juga telah direka semula agar tampil lebih futuristik.
Maklumat lanjut akan diketahui pada 17 November nanti.







